Rakan Dedah Irma Hasmie Bercer4i Enam Bulan Lalu – ‘Mohon Doakan Yang Baik Buat Sahabat Saya’

Status rumah tangga Irma Hasmie akhirnya terjawab apabila pelakon dan pengacara itu dikhabarkan sudah pun bercerai dengan suaminya, Redza Syah Azmeer sejak enam bulan lalu.

‘Beri ruang pada Irma’

Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh rakan baik Irma iaitu Reen Emran menerusi satu hantaran di Instagram Story (IG Story).

Menerusi hantaran tersebut, Reen memaklumkan dia sudah pun mendapat keizinan daripada Irma untuk berkongsi perkara tersebut untuk mengelak dari terus timbul fitnah.

Untuk menjawab kepada persoalan apakah status mereka sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.

Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri). Untuk pengetahuan, mereka sudah sah bercerai enam bulan lepas.

Dengan persoalan yang dah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya.

Dalam pada itu, Reen memaklumkan Irma dan anak-anaknya kini berada dalam keadaan yang baik dan rakannya itu bakal mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.

Alhamdulillah dia dan anak-anak okay dan sihat saja. Alhamdulillah Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah.

InsyaAllah dia akan mengerjakan ibadah haji tak lama lagi. Mohon semua doakan yang baik-baik buat sahabat saya. Terimah kasih semua.

Terdahulu, Redza Syah memaklumkan dia sudah pun berkahwin baharu selepas memuat naik foto perkahwinannya menerusi IG.

Perkongsian tersebut telah menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen mengenai status rumah tangga Redza Syah dan Irma.

Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :  Instagram Reen Imran

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*