Wajah Along tenang seperti tidur… Bapa Allahy4rham Shahrizan red4, dua kali buat pengecaman

WAJAH Allahyarham Pegawai Waran II, Mohd Shahrizan Mohd Termizi, 41, kelihatan tenang seperti sedang tidur.

Demikian kata Mohd Termizi Abdul Ghani, 68, selepas dia dibawa untuk sesi pengecaman jenazah anak sulungnya yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak.

Menurut Mohd Termizi, dia pada awalnya menerima khabar duka itu kira-kira pukul 10 pagi ketika berada di Ipoh atas urusan kerja.

Dia kemudiannya bergegas ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut untuk sesi pengecaman jenazah anaknya.

10 individu terkorban nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut pada pagi Selasa.

“Sepanjang perjalanan dari Ipoh, saya menyangkakan helikopter itu terbabit dalam nahas ringan, dan saya berdoa agar semuanya baik-baik saja.

“Tetapi ramai yang menelefon saya memberitahu Along (panggilan Allahyarham) sudah tiada. Saya reda sebab saya tahu kerjayanya berisiko tinggi.

“Saya sedih tapi saya reda kerana tahu dia pergi ketika berkhidmat untuk negara. Kami masuk dua kali untuk mengenal pasti mayat bersama isteri dan anak-anak saya yang lain. Wajahnya tenang seperti tidur,” ujar pesara itu yang menetap di Taman Bunga Tanjong, Lekir, Sitiawan.

Menurut Mohd Termizi lagi, isteri Allahyarham iaitu Noor Ain Mohammad Ariffin, 41, dan tiga cahaya mata mereka menerima kejadian itu dengan reda.

Imbasnya, Allahyarham yang berkhidmat bersama TLDM selama lebih 20 tahun sempat pulang meraikan Aidilfitri bersama keluarga, baru-baru ini.

Untuk rekod, Allahyarham Shahrizan merupakan salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Lumut pada pagi Selasa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*