Aliff Aziz Buat Hal Lagi, Ibu Gh4ib ‘Deactivate’ IG?

Tatkala nama anak lelaki kembali menjadi buah mulut netizen di media sosial, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza didakwa sudah tidak aktif di Instagram lagi.

Mana taknya, hasil OhBulan! untuk mencari akaun pemilik nama Siti Hafiza ini dilihat tidak kesampaian apabila carian yang keluar hanyalah perkataan ‘page not found‘ serta ‘page isn’t available‘.

Kenapa tiba-tiba?

‘Kehilangan’ Fiza di Instagram membuatkan netizen tertanya-tanya mengapa. Maklumlah, wanita itu sebelum ini dilihat rajin berkongsi doa dan kata-kata semangat buat Aliff apabila nama anaknya itu dilanda kontroversi.

Terbaru, nama Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat wargamaya di media sosial susulan pendedahan seorang wanita yang mengaku merupakan kekasih aktor itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendakwa telah menjalinkan hubungan cinta dengan suami kepada Bella Astillah itu sejak Januari lalu. Dakwa wanita ini lagi, tujuannya menceritakan perkara sebenar kerana tidak sanggup melihat Aliff dicerca keseorangan.

Lebih teruk, wanita itu mendakwa aktres Ruhainies telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella Astillah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :  Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*