Imran Aqil & Dahlia Rizal Pertama Kali Beraya Sebagai Suami Isteri, Tak Bergaduh Nak Balik Kampung

Pasangan pempengaruh media sosial, Aqil Imran dan Dahlia Rizal mengakui tidak sabar untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri buat kali pertamanya sebagai suami isteri.

‘Saya tak ambil hati pun bila orang bertanya soalan tu’

Ketika ditemu bual!, pasangan itu berkata mereka sudah pun melakukan persiapan hari raya termasuk membeli pakaian baharu, menukar langsir dan sebagainya. Apabila ditanya siapakah antara mereka yang membuat keputusan untuk memilih tema pakaian di hari raya, Imran berkata dia menyerahkan semuanya kepada Dahlia.

Dalam pada itu, pasangan merpati dua sejoli ini enggan mendedahkan jumlah kos yang dibelanjakan mereka sepanjang persiapan hari raya pada tahun ini.

Baju Dahlia ada 15 pasang dan saya ada 7 pasang. Untuk perbelanjaan hari raya kami tak boleh nak dedahkan, kami tak nak timbulkan fitnah atau perasaan riak. Jadi biarlah kami sendiri sahaja yang tahu.

Difahamkan, pasangan ini akan beraya di Kuala Lumpur (keluarga Dahlia) terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung Imran di Perak.

Masa kami berbincang untuk pulang beraya di kampung siapa, Alhamdulillah tiada apa masalah berlaku. Kedua-dua belah keluarga boleh bertoleransi. Mak saya pun suruh kami beraya di rumah Dahlia.

Sementara itu, apabila ditanya kepada Dahlia adakah dia sudah bersedia sekiranya diajukan soalan berkaitan kehamilan dan cahaya mata, Dahlia berkata dia sudah terbiasa dengan soalan begitu sejak di majlis resepsi perkahwinannya lagi.

Masa resepsi pun ramai dah bertanya, dah mengandung ke belum. Saya hanya cakap ya dah mengandung sedangkan tak pun. Saja je cakap macam tu. Saya pun tak berapa kisah sangat dengan soalan-soalan begitu, sebab mereka pun kadang-kadang melawak, bergurau. Saya tak ambil hati pun bila orang bertanya soalan macam tu.

Sekadar info, Imran dan Dahlia telah selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Villa Istana Ayer Keroh Melaka, pada September tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*