Anak bongsu gaji 7K engg4n balik beraya, pen4t jadi ‘bank’ 6 adik beradik lain! Tak bagi duit dic0p ‘ked3kut’

SEORANG adik bongsu mengalami tekanan setelah lama menanggung beban menyara bapa dan tujuh adik beradiknya yang lain.

Kisah pemuda itu dikongsikan semula oleh sahabatnya Eddie selepas mendengar keluhannya yang sudah tawar hati untuk pulang beraya di kampung tahun ini.

Menurut Eddie, rakannya itu yang merupakan seorang pembantu pengurus dengan gaji bulanan RM7,000 dianggap kedekut selepas tidak lagi mahu menyara keluarganya.

“Masalah bermula bila dia dianggap anak paling kedekut dalam keluarga. Kenapa paling kedekut? Sebab dialah tempat adik beradik lain minta tolong dari segi kewangan sebab dia nampak paling berduit.

Ramai orang mengalami tekanan akibat masalah kewangan. -Gambar hiasan

“Ayah dia pesara kerajaan, duduk di kampung dan guna duit pencen untuk sara abang dia empat orang. Dua orang penghisap dadah tegar dan tak boleh bekerja sebab otak ‘short’ (tak betul), seorang tak bekerja dan duduk di rumah dengan alasan ada sakit darah tinggi kronik.

“Lagi seorang duduk kampung juga tapi ulang alik pondok agama dengan rumah (juga tak bekerja, balik cuma minta duit untuk belanja dengan ayah),” ujarnya dalam hantaran dibuat dalam B40 Buat Perangai Apa Harini.

Cerita Eddie lagi, sahabatnya itu perlu memberikan sebanyak RM1,000 setiap bulan kepada bapanya untuk menampung kos bil air dan elektrik di rumah yang mencecah RM200 sebulan.

Selain itu juga, rakannya terpaksa membuat pinjaman kad kredit untuk membeli televisyen dan mesin basuh baharu untuk rumah bapanya sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

Namun, skrin televisyen itu sudah pecah walaupun belum habis dibayar secara ansuran disebabkan abang-abangnya bergaduh dan bertumbuk di rumah.

“Pakai pendingin hawa ya (dekat rumah) sebab dia kasihan ayah dia panas dekat kampung tapi abang-abang dia pun ikut nak air-cond sama.

“Selang berapa minggu, dalam bulan puasa, salah seorang abang dia kena cekup dengan polis sebab kes dadah. Bertimpa-timpa masalah.

“Pendekkan cerita, dalam beberapa bulan ni dia bergaduh dengan adik-beradik sebab semua cari dia sebab nak minta duit. Semua tengah ada masalah. Tu baru dekat kampung,” ujarnya yang bersimpati dengan nasib rakannya ini.

Kakak-kakak dia yang dah kahwin dan ada suami pun nak pinjam duit dengan dia sebab katanya nak buat persiapan raya.

EDDIE

Kata Eddie, sahabatnya cuba meluahkan segala bebanan ditanggung dengan harapan keluarganya faham dan tidak selalu meminta wang.

Bagaimanapun, berlaku sebaliknya apabila dia kini dianggap sebagai ‘adik tak guna’ kerana tidak mahu menolong abang dan kakaknya yang dalam kesusahan.

“Kakak-kakak dia yang dah kahwin dan ada suami pun nak pinjam duit dengan dia sebab katanya nak buat persiapan raya. Sampai satu masa dia ‘meletup’. Dia cakap tak dapat nak penuhi permintaan semua orang, dia sendiri pun banyak hutang lain.

“Kad kredit lagi, rumah lagi, kereta lagi, pinjaman peribadi lagi jadi dia ambil keputusan untuk berterus terang pasal keadaan dia dengan adik beradik dia. Apa jadi? Mereka semua pulaukan dia. Jadi apa dia buat? Dia ambil keputusan tak nak balik kampung beraya sebab tak ada suasana seronok dah bagi dia.

Komen beberapa netizen susulan hantaran dikongsikan.

“Dia rasa sedih tapi pada masa sama kecewa sebab ayah dia pun sebelah abang dan kakak dia. Bagi nasihat untuk bantu je adik-beradik sebab semua tengah ada masalah. Padahal dia sendiri pun bukan tak ada masalah,” jelas Eddie.

Tegas Eddie, perkongsiannya ini bertujuan untuk dijadikan sebagai iktibar kepada orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan terhadap ahli keluarga yang bergaji tinggi.

Hantaran dikongsi ini turut meraih simpati netizen yang memahami situasi dialami rakan baik Eddie.

Malah, rata-ratanya turut menganggap bahawa keluarga pengadu tersebut sebagai ‘toksik’ kerana menyusahkan anak bongsu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*