“Tidur Awal-Awal, Adik Datang Kejut”. Sebak Dengar Pesanan Anak Ziarah Kvbur Ayah

Kehilangan insan yang tersayang adalah rindu yang tiada penghujungnya. Tambah lagi bagi anak kecil yang masih memerlukan kasih sayang. Andainya takdir Allah, siapa kita untuk mempertikaikannya.

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperketatkan, ziarah kvbur adalah antara aktiviti yang tidak dibenarkan ketika sambutan Aidilfitri.

Namun apa yang membuatkan ramai sebak, satu video seorang kanak-kanak perempuan berusia Iingkungan empat atau lima tahun ini yang mengambil kesempatan menziarahi kubvr arwah baps dan neneknya bagi melepaskan rindu yang terpendam.

Momen kanak-kanak itu dikongsi menerusi sebuah video di akaun TikTok @idazaini. sehingga tular dan cukup menyentuh hati orang ramai.

Walaupun masih kecil, anak ini seolah-olah faham insan yang dia sayang dah pergi menghadap ilahi buat selamanya.


AI-Fatihah ayah!
Rakaman video berdurasi 29 saat itu memaparkan kanak-kanak perempuan tersebut yang sopan bertudung menitipkan ‘pesanan’ buat kedua-dua insan yang tersayang sambil mencium batu nisan sebelum menaburkan bunga di atas pusara berkenaan.

Malah anak ini sempat menitipkan pesanan seperti dia sedang bercakap dengan ayah dan neneknya secara berdepan.

“Tidur awal-awal tau. Nanti adik bangun, adik pergi kubur ayah. Adik sayang nenek. Tidur awal-awal yer, esok adik datang kejut nenek,” katanya.

Posting video tersebut meraih hampir 300, 000 tontonan dan rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi dimana rata-rata turut sebak melihat ketabahan seorang anak kecil yang telah kehilangan dua insan tersayang.

Betullah orang kata, anak kecil ni setiap apa yang berlaku dalam hidupnya akan kekal dalam memori mereka. Walaupun tak semua orang melaluinya, tapi bila melibatkan anak-anak, kita yang dewasa pun tak kuat.

Video :

Moga semua yang diuji ini terus dikuatkan semangat dan dapat melalui hari-hari mendatang dengan balk. Percayalah Allah uji sebab dia tahu kita kuat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://trendingkini.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*