“Anak bilionair. Harta bapanya melimpah ruah”-Wartawan dedah siapa sebenarnya Mizz Nina

Mizz Nina merupakan seorang selebriti yang patut dipuji kerana perubahannya yang mendadak dan terus kekal sehingga kini.

Sebelum mengambil keputusan berhijab, Mizz Nina dahulunya pernah berkolaborasi dengan artis-artis antarabangsa seperti Flo Rida dan Colby O’ Donis.

Mizz Nina artis tauladan terbaik

Perubahan penyanyi ‘otai’ tanah air, Mizz Nina, seorang artis yang menjadi tauladan terbaik warganet kerana tiada kontr0versi membabitkan namanya selepas penghijrahan.

Susulan itu, perubahan drastik beliau yang mengejutkan ramai orang malah dapat sokongan yang positif daripada netizen.

Menerusi media sosial Facebook, Pemilik akaun Izzlara Mungawan memuat naik perkongsian keperibadian rendah diri penyanyi tersebut yang tenang berdakwah.

“Saya adore Mizz Nina dalam penghijrahannya. She turned into a new live. Anak kepada salah seorang taikun Malaysia. Jika diikutkan, segala jenis kontroversi dia boleh bikin.

“Namun, saya tidak pernah mendengar apa-apa khabar angin yang panas sewaktu penghijrahan beliau.

“Kadang-kadang yang terbaik adalah menjadi lebih ‘mahal’ daripada menjadi murah. Tiak perlu membuat kontr0versi murahan dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, warganet bersetuju beliau tidak pernah menimbulkan sebarang kontr0versi bagi menunjukkan tentang perubahannya, malah beliau banyak mengajak semua orang melakukan perubahan ke atas diri sendiri.

Sebelum ini, Mizz Nina telah melancarkan sebuah aplikasi berkonsepkan islamik dan gaya hidup muslim iaitu Qalby App.

Seterusnya, tujuan utama aplikasi tersebut diwujudkan untuk berkongsi mengenai pengetahuan dan keindahan Islam melalui platform media dan teknologi.

Menurut Wartawan dari Malaysia Gazete Syahril A. Kadir dai sangat kagum dengan sikap Mizz Nina yang merendah diri walapun berasal dari keluarga berada

Mizz Nina anak bilionair. Harta bapanya melimpah ruah, antara 30 orang paling kaya kat Malaysia.

At one time karier dia dah pernah sampai ke Hollywood.

Dia juga ‘berhijrah’ macam beberapa artis lain.

Tetapi, ya, dia memang berbeza.

Tenang je hidup dia, takdela ‘huru-hara’ macam segelintir selebriti yang dok ada ni.

Istiqamah dengan ‘perpindahannya’ tanpa perlu publ1siti mur4han yang ntah apa-apa.

Masa aku interview dia, aku nak pandang muka dia pun jadi segan, ambil gambar berdua pun jenuh aku minta izin.

Betulla kata pepatah – RESPECT IS EARNED, NOT GIVEN!
Salute.

Berikut pula reaksi dari netizan

“Minat masa dia jadi penyanyi… dia dan anak PM kita memang ada standard tersendiri… tapi seriously gain respect bila dia berhijrah… sangat inspiring kisah dia & noh hujan… tapi perasan tak… bila mizz nina keluarkan apps… yang sorang lagi pun tetiba nak keluarkan apps yang hampir sama sangat… huhuuhu”

“Tenang je tgk muka Miss Nina. Pandai laki dia didik. Tak de aksi garu2 dagu laki tp kita tahu mereka bahagia. Semoga Mizz Nina dan Noah dikurniakan cahaya mata, Aamin2 YRA.”

Mizz Nina Gementar Temu Bual Ayah Sendiri

Mizz Nina juga mempunyai rancangan temu bualnya sendiri, ‘The Mizz Nina Show’. Apa yang menarik kali ini, wanita cantik itu berpeluang menemu bual ayahandanya sendiri, Tan Sri Datuk Azman Hashim.

Menerusi episod tersebut boleh dikatakan amat istimewa kerana Mizz Nina diberi tanggungjawab untuk menemu bual ayahandanya sendiri, menggali kisah-kisah silam ayahandanya yang boleh dijadikan sumber inspirasi.

Perasaan gementarnya telah diluahkan di dalam Instagram milknya dengan menulis,“The first interview I’ve ever done with my dad, I was super nervous and at the same time grateful to have him in the show. Don’t miss it tomorrow! Alhamdulilah…”

Ruangan komen di instagram Mizz Nina juga dihujani pelbagai komen daripada netizen, bahkan ada yang berkata, semestinya ayahnya begitu bangga mempunyai anak seperti Mizz Nina.

Tan Sri Datuk Azman Hashim merupakan figura koporat yang sangat berpengaruh dan disegani bukan sahaja di Malaysia, malah merentas horizon Asia. Terlalu banyak anugerah yang telah diraihnya, antaranya pada tahun 1993, ASEAN Business Forum mengangkatnya sebagai penerima anugerah “ASEAN Businessman of The Year”.

Belaiu juga bertemu jodoh dengan Tunku Arishah Tunku Maamor dan dikurniakan dua anak lelaki dan tiga anak perempuan, termasuk Mizz Nina.

Mizz Nina kini giat giat melaksanakan kerja-kerja amal bersama suaminya, Noh Hujan dan sahabat-sahabatnya.

Nama bekas penyanyi R&B Mizz Nina mungkin tidak sering menjadi sebutan di bibir netizen media sosial walaupun perubahan yang dilakukan olehnya turut mengejutkan banyak pihak.

Tetapi itu tidak membuatkan Mizz Nina, atau nama sebenarnya Shazrina Azman, isteri kepada penyanyi Noh Salleh cuba untuk membuat sesuatu perkara di luar jangkaan bagi mendapatkan perhatian.

Seorang pengguna Twitter ada memuat naik pandangan individu berkenaan perubahan drastik yang dilakukan oleh Mizz Nina.

Untuk maklumat, Mizz Nina mula berubah ke arah kebaikan selepas beliau pulang dari Tanah Suci bersama dengan Noh pada tahun 2013 yang lalu.

Walaupun perubahan itu dikatakan agak mengejutkan tetapi bagi Noh, Mizz Nina sebenarnya sudah berubah perlahan demi perlahan sehinggalah beliau menjadi seperti kini.

Lebih menarik lagi, perubahan tersebut dilakukan oleh Mizz Nina bersama-sama dengan Noh dan perkara itu membuatkan kehidupan mereka berdua lebih bahagia.

Ramai warganet turut bersetuju bahawa Mizz Nina tidak pernah melakukan apa-apa kontr0versi bagi menunjukkan kepada semua orang tentang perubahan dirinya, malah beliau lebih kepada mengajak orang ramai membuat perubahan.

“Masa dia belum “berhijrah” pun attitude wise, dia memang okay. Tak pernah dengar dia ada contr0versy bergaduh dengan celeb lain atau membuat percubaan meny0ndol laki orang. Very goal-oriented and classy lady.””

Semoga cara yang dilakukan oleh Mizz Nina ini akan memberi contoh yang baik kepada kita semua dalam membuat perubahan diri ke arah yang lebih positif.

Moh le kita baca sikit biodata Mizz Nina ni.

NAMA SEBENAR: Shazrina Azman

NAMA KOMERSIAL: Mizz Nina

TARIKH LAHIR: 1 Julai 1980

USIA: 40 tahun

ASAL: Kuala Lumpur

KERJAYA: Model, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan usahawan

PENDIDIKAN: Ijazah Pengajian Media dan Perhubungan Awam di sebuah universiti di Australia

STATUS: Bertunang dengan Noh Hujan laa.

ALBUM SOLO: What You Waiting For (2010)

ALBUM BERKUMPULAN: (Bersama Teh Tarik Crew) EP Are We Rap Stars now (1999), Album pertama, How’s The Level? (2002) dan What’s Next (2004)

Sumber foto: Instagram Mizz Nina dan Twitter

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*