Ilmu asas agama adalah perkara wajib perlu diajar oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Baru-baru ini, penyanyi Tomok ada memuat naik gambar isterinya, Siti Rahayu Abas sedang mengajar anak-anak mereka mengaji.
Namun perkongsian itu menjadi perhatian apabila melihat penyanyi berusia 36 tahun itu juga turut dilihat belajar mengaji dengan isterinya.
Namun yang menariknya perkongsian baru-baru ini mendapat perhatian orang ramai kerana foto tersebut turut menunjukkan Tomok atau nama betulnya Shah Indrawan Ismail dilihat sedang mengaji bersama isterinya.
Menerusi perkongsian itu, Tomok meluahkan rasa lega kerana hari tersebut isterinya tidak memegang rotan. Sebelum ini, Tomok ada memuat naik gambar isterinya mengajar mengaji sambil memegang rotan.
Perkongslan Tomok itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang memuji pasangan itu yang bersama-sama menuntut ilmu agama lebih-lebih lagi memperbetulkan bacaan Al-Quran.
Malah, diruangan komen rata-rata rakan artis dan pengikut turut terhibur serta memberikan reaksi positif terhadap perkongsian itu.
Tomok mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arrian dan Andra, serta cahaya mata perempuan, Siti Khadijah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber: redaksi
Leave a Reply