Siapa yang mempunyai anak yang masih kecil, pastinya sudah cukup kenal dengan ragam mereka. Kadang-kadang apa yang dilakukan mereka, tak tercapai akal orang dewasa. Sama seperti yang dikongsikan ibu ini tentang ragam anak yang masih kecil ini.
Semasa mereka sekeluarga sibuk membeli belah di sebuah shopping mall, kanak-kanak perempuan itu hilang dari pandangan mereka. Rupa-rupanya, ada satu kejadian yang melucukan berlaku pada kanak-kanak tersebut.
Di dalam video yang dikongsikan ini, kanak-kanak perempuan itu dilihat berada di antara patung-patung yang dipamerkan di sana. Konon-kononnya dia sedang menyamar sebagai salah satu patung tersebut sebelum akhirnya dikantoikan oleh ibunya sendiri.
Sebaik saja gelagatnya itu kantoi, kanak-kanak perempuan itu segera berlakon sedang merapikan baju yang dipakai oleh salah satu patung di situ. Di ruangan komen, gelagat comel kanak-kanak ini turut mencuit hati netizen yang turut terhibur melihatnya.
Selain itu, ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman yang sama semasa kecil dahulu. Kanak-kanak perempuan juga dikatakan lebih banyak berangan dari anak lelaki. Mungkin disebabkan itu juga kanak-kanak perempuan ini menyamar sebagai patung di situ.
“Heyyy anak bertuah…”
“Berangan jadi model tu.”
“Nasib anak ada rambut, senang nak cari.”
“Sebab tu orang cakap kanak-kanak ni naif. Duduk dalam dunia dia sendiri.”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : HCL
Leave a Reply