GENAP berusia seminggu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mended4hkan nama anak lelakinya yang dilahirkan pada tanggal 19 April lalu.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya pada Isnin, Siti, 42, memilih nama Muhammad Afwa untuk putera hatinya itu yang bermaksud keampunan atau kemaafan.
“Alhamdulillah, hari ini, suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami.
“Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.
Muhammad Afwa jadi pilihan Siti Nurhaliza untuk nama anak lelakinya.
“Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak,” katanya.
Penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu juga turut mendoakan agar anak keduanya itu sentiasa berada dalam keampunan dan kemaafan Yang Maha Esa.
Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.
DATUK SERI SITI NURHALIZA
PENYANYI
“Afwa melengkapkan afiyah dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa lengkap afiyah.
“Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa.
“Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah SWT dan kita semua juga di dalam lindunganNya,” ujarnya.
Siti Aafiyah, anak sulung Siti Nurhaliza yang kini berusia tiga tahun.
Afwa dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta di Kota Damansara, Selangor pada 19 April lalu.
Siti berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006.
Hasil perkahwinan, pasangan ini turut mempunyai seorang anak perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mStar
Leave a Reply