PELAKON dan pengacara Didie Alias mengingatkan mana-mana rakan artis serta pengikut di laman Instagramnya agar tidak menekan apa-apa pautan yang dihantar kepada mereka menerusi medium laman sosial tersebut.
Menurut Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd, 49, akaun Instagramnya kini bukan lagi dikawal olehnya selepas digod4m pihak tidak bertanggungjawab pada Isnin.
“Instagram saya kena god4m, saya minta sangat kalau dapat mesej daripada IG saya, jangan klik apa-apa. Kalau klik link itu, nanti IG anda pula akan kena hack.
“Saya tertekan link yang dihantar IG Syanie (pelakon Syanie Hisham) menerusi direct message, padahal yang hantar mesej itu bukan Syanie… IG dia pun dah kena hack sebelum itu.
Kesemua gambar di Instagram Didie juga telah dipadam oleh penggod4m tersebut.
“Lepas dah hack IG saya, scammer ini boleh pula minta saya bayar duit AS$1,000 (RM4,100)… memang saya tak bayarlah, kalau dah bayar nanti dibuatnya dia tak bagi balik IG saya memang naya je,” katanya ketika dihubungi mStar.
Susulan perkara itu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu telah membuat report di Instagram dan Facebook mengenai ‘kecvrian’ akaun Instagramnya oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Instagram saya kena god4m, saya minta sangat kalau dapat mesej daripada IG saya, jangan klik apa-apa.
DIDIE ALIAS
PELAKON, PENGACARA
“Lepas dia dah hack, dia pun hantar link sama kepada semua pengikut saya termasuk rakan-rakan artis yang lain.
“Dapat sahaja link tu, rakan artis seperti Zizan Razak, Datuk Aznil Nawawi dan Fasha Sandha terus telefon bertanya pada saya tentang kesahihan pautan tersebut.
“Saya dah pesan pada mereka abaikan sahaja dan terus sekat akaun saya yang telah digod4m itu,” ujarnya lagi.
Penggod4m menggunakan akaun IG Didie untuk hack rakan artis yang lain.
Menurut Didie, dia berasa sedikit terkilan kerana menerusi Instagramnya merupakan salah satu mata pencariannya dengan memiliki lebih 515,000 pengikut.
“Dah lama saya buat IG sejak lapan tahun lalu dan dari sini juga kadang-kadang saya dapat rezeki, buat review dan promosikan semua event yang saya anjurkan.
“Sudahlah minggu ini event yang saya anjurkan bakal berlangsung… dah tak dapat saya nak buat hebahan pada peminat tentang acara tersebut,” katanya.
Didie bakal menganjurkan majlis Raya Bersama Che Salmah yang akan diadakan pada 30 April hingga 2 Mei ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mStar
Leave a Reply