Lelaki Dij4ngkiti V1rus, Naik Bintik-Bintik Merah Di Muka Lepas Pakai Baju Bundle – “Doakan Wajah Saya Kembali Sembuh”

Setiap orang ada pilihan masing-masing untuk membeli pakaian dan sesetengah orang suka ‘menyelam’ di kedai bundle kerana harga yang jauh lebih murah.

Namun, kisah seorang lelaki ini yang lalui pengalaman buruk selepas membeli belah di kedai bundle mendapat perhatian ramai sekaligus menjadi peringatan untuk semua.

Menurut @onenevertwhoo, dia telah dijangkiti penyakit kulit yang dipanggil moluskum kontagiosum dipercayai daripada baju second hand yang dibelinya di bundle dan terus dipakai tanpa mencucinya terlebih dahulu.

Bagaimanapun, dia tidak menyalahkan condition baju tersebut yang sudah dipakai orang lain tetapi akui seharusnya dia membasuh sebelum pakai.

Sebenarnya beli baju thrifting tu tak salah, salahnya aku yang tak cuci dulu. Sampai kena moluskum.

Difahamkan, moluskus kontagiosum (MCV) merupakan jangkitan kuman disebabkan oleh virus yang menyebabkan bintik kecil berwarna merah naik dan kebiasaannya ada lekuk kecil di bahagian tengah.

@onenevertwoo_one

Membalas @Iwedew di area badan lainnya aman alhamdulillah, doakan yang di wajah secepatnya bisa sembuh ya😊🤲 #fyp #foryoupage #moluskum

♬ suara asli – ONESHHH – onenevertwoo_one

Sekiranya seseorang yang dijangkiti MCV menggaru, jangkitan tersebut akan merebak ke bahagian badan yang lain dan berkemungkinan menjadi lebih teruk.

MCV boleh tersebar melalui sentuhan langsung atau dari benda tercemar seperti tuala, alat cukur, dan baju bundle yang tak dicuci.

baju di bundle

Pastikan korang basuh baju yang dibeli di bundle terlebih dahulu kerana kita tidak tahu siapa pemilik sebelum ini dan sekiranya dia ada masalah kulit.

Bukan itu sahaja, proses dan tempat penyimpanan baju-baju ini juga mungkin tercemar dan pakaian terdedah dengan virus atau bakteria yang lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*