Kawal Diet rahsia Shaheizy Sam turunkan berat badan

PELAKON Shaheizy Sam berkata dia berjaya menurunkan berat badan secara mendadak sejak tiga bulan tanpa melakukan sebarang senaman.

Berkongsi perkara itu, Sam memberitahu dia hanya menjaga pemakanan dengan makan sekali sehari bagi mendapatkan berat badan diingini.

“Paling berat yang saya pernah timbang dulu berat badan cecah 90 kilogram dan sekarang ni hanya 67 kilogram saja, agak lama proses kali ini sebab kali ini saya tidak bersenam tapi hanya tukar cara pemakanan dan makan hanya sekali saja dalam sehari.

“Saya sebenarnya dah buat diet ni hampir 10 tahun dan saya gunakan cara one meal day untuk turunkan berat badan malah akan makan bila saya betul-betul lapar.

“Saya selalu ambil pendekatan logik dan ideal adalah kita tidak perlu makan sampai tiga hingga empat kali contoh seperti Rasulullah, baginda kadang hanya makan kurma sahaja tapi tetap sihat, menang juga di medan perang.. sekarang alhamdulilah saya okay saja walaupun sudah tiga bulan sudah lakukan diet ni,” kata Sam kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*