Beri Penghormatan Terakhir Buat Allahyarham Pak Lah, Pakaian Johan Ke Masjid Negara Ditegur Netizen – “Asal Tutup Aurat Tiada Isu”

Baru-baru ini, Hot FM ada memuat naik satu video di Instagram memaparkan pelawak serta penyampai radio Hot FM, Johan hadir ke Masjid Negara, Kuala Lumpur untuk memberi penghormatan terakhir buat bekas Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dapat dilihat dalam video tersebut, Johan memakai t-shirt berwarna hitam dan topi berwarna biru berserta seluar jean, manakala rakan sekerjanya iaitu AG memakai Kurta berwarna biru gelap dan lebai berwarna hitam.

Biarpun berpakaian menutup aurat, tetapi meninjau di ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen mengecam tindakan penyampai radio terbabit berpakaian sedemikian.

Kebanyakan netizen menegur bahawa pemakaian Johan disifatkan tidak mengikut etika pakaian ketika menghadirkan diri ke Istiadat Pengebumian Bekas Perdana Menteri dan merasakan penyampai radio terbabit ‘tidak hormati majlis’.

komen

Namun begitu, ada juga yang berkata tidak salah untuk Johan berpakaian sedemikian, asalkan masih menutup aurat dan merasakan tidak perlu memperbesarkan isu kecil seperti itu.

komen

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*