
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai adegan hangat melibatkan dua pelakon terkenal iaitu Vanidah Imran dan Faizal Hussein, dalam drama Bidaah yang disiarkan di sebuah platform penstriman.
Rata-rata netizen mendakwa babak tersebut seakan-akan menyelitkan elemen lucah yang dibimbangi dapat memberi persepsi buruk terhadap agama Islam.
Susulan itu, selaku penulis skrip dan penerbit karya tersebut, Erma Fatima tampil memberi respon dengan mengatakan bahawa dia sentiasa berlapang dada dan menerima komen serta kecaman daripada penonton.
Sedia terima kritikan
View this post on Instagram
Walaupun drama itu bukan arahannya, namun sebagai penulis skrip, dia bersedia menerima kritikan daripada mana-mana pihak.
Saya dah biasa, saya dah selalu kena. Apa yang saya nak sampaikan orang ramai tak nampak sebaliknya dijadikan isu oleh mereka.
Bila saya tahu ada adegan itu di set, saya sebagai penulis skrip dan penerbit dah bersedia akan tempiasnya. Saya faham dan saya terima walaupun itu bukan arahan saya.
Seperti sebelum ini drama Perempuan Itu, saya bukan pengarah tapi saya juga yang kena. Saya terima kerana akhirnya drama itu diterima ramai.
Tiada niat burukkan Islam
Erma turut menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk memburukkan nama baik Islam, namun ingin memberikan pengajaran kepada orang ramai agar berhati-hati dalam mencari ilmu agama.
Kata Erma, Bidaah tidak diambil daripada mana-mana kisah ajaran sesat sebaliknya dari pengalaman peribadinya sendiri.
Kenapa bila isu ini ditimbulkan dalam drama tak boleh terima? Perkara ni dah banyak berlaku di luar sana. Saya tahu isu ini tabu dan menakutkan sehingga takut nak mengakuinya.
Saya bukan nak jatuhkan Islam, hanya beritahu orang di luar sana untuk cari agama kena ada ilmu bukan dengan memb*bi buta taksub.
Tapi saya juga tak halalkan lakonan itu dalam hukum Islam, kerana aurat bersentuhan itu memang haram saya tak nafikannya.
Selain Bidaah, drama Keluarga Itu yang kini ditayangkan di TV3 juga mendapat kritikan ramai kerana ada yang berpendapat ia tidak sesuai ditayangkan pada bulan Ramadan.
Namun, Erma memberitahu dia hanya mengikut keputusan pihak stesen TV kerana perkara itu di luar kawalannya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply