
SERING kali kita dipaparkan mengenai pertelagahan atau rasa tidak puas hati sesama ahli keluarga membabitkan isu harta setiap kali berlakunya kematian.
Dalam kebanyakan kes, isu ini mampu mengeruhkan hubungan kekeluargaan lantaran pertelingkahan antara waris yang berhak dengan waris lain.
Menerusi satu perkongsian di laman sosial, seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kakak iparnya yang menjadi penerima hibah selepas kematian abangnya.
Isu perebutan harta selepas berlaku kematian sering kali dipaparkan di media sosial. -Gambar hiasan
“Memang orang dah dapat hibah tak reti nak hulur sikit ke? Kakak ipar (bini arwah abang) aku tu, dah tahu hidup mak aku ni tak senang mana, bagilah hibah tu sikit dekat mak,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Sebagai maklumat tambahan, hibah adalah pemberian harta yang dilaksanakan semasa hidup, justeru ia adalah hak milik mutlak penerima dan bukan menjadi harta pusaka yang perlu diagih-agihkan kepada waris yang berhak.
Dalam erti kata lain, hibah adalah satu cara untuk seseorang itu memberikan harta kepada orang tersayang mengikut hasrat dan tidak tertakluk kepada hukum faraid.
Tambah individu berkenaan lagi, dia bukan mahu meminta-minta tetapi merasakan kakak iparnya itu wajar memberikan sedikit sagu hati buat mentua sendiri.
“Abang aku waktu hidup tak kaya mana pun. Time meninggal ni dapatlah mak merasa sikit sepatutnya,” ujarnya lagi.
Anak-anak dia tu nak dibagi makan, pelajaran, keselesaan.
Mak kau tu tanggungjwab kau.
NETIZEN
Menjengah ruangan komen, warga maya rata-ratanya tampil mengecam individu berkenaan dan menyarankannya supaya mempelajari ilmu agama sebelum mengeluarkan pandangan yang dangkal.
Tambah mereka, kakak ipar individu tersebut tidak seharusnya dibebankan dengan isu harta, tambahan pula sudah bergelar ibu tunggal yang perlu menyara anak-anak ditinggalkan oleh arwah abangnya.
dipenuhi dengan kecaman netizen.
“Tak malunya kau hidup berharap duit yang bukan hak kau. Pergi belajar balik bab agama. Kau satu sen pun tak layak tau. Patutnya famili kau yang kena tanggung anak saudara bila abang kau dah meninggal.
“Anak-anak dia tu nak dibagi makan, pelajaran, keselesaan. Mak kau tu tanggungjwab kau.
“Kau tahu tak hutang dia berapa banyak? Ada ambil tahu? Amboi sedap je suruh balu hulur. Yang mengadap anak sekolah, yang kena kerja sambil mengurus anak… kau tak ada kisah pun eh nak tanya?” demikian antara komen netizen.
Sumber: Mstar
Leave a Reply