[VIDEO] Azlan Komeng Mohon Henti Ap1kan Isteri Untuk Bercer4i, Keputusan Kahwin Dua Atas Persetujuan Bersama – ‘Saya Tak Buat Sal4h’

Pelakon Azlan Komeng akui tidak bersalah dengan keputusannya untuk menambah isteri dan mohon untuk hentikan komen negatif terhadap rumah tangganya.

Henti komen negatif

@azlankomeng_official

Sekadar perkongsian… yang tak suka jangan dengar… 🤗 #mywife #husbandwife #bidadariku #nilambidadariku

♬ original sound – AzlanKomeng – AzlanKomeng

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok,  Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran menegur sikap segelintir netizen yang meninggalkan nasihat agar isterinya, Nur Nilam Ortiz failkan perceraian terhadapnya.

Menurut Azlan, keputusannya untuk berkahwin lagi satu adalah atas izin isteri pertama.

Aku buat video ini untuk menjelaskan beberapa perkara.

Tentang aku ingin berkahwin lagi, hal ini sudah dibincangkan dengan isteri aku.

Alhamdulilah, Nilam tiada masalah menghadapi isu ini.

Jadi kepada orang-orang yang melihat di luar sana, tak perlu mengapi-apikan isteri aku untuk kami berpisah.

Aku tak rasa aku buat perkara yang salah dan alhamdulillah aku masih mengambil berat tentang Nilam.

Dalam pada itu, Azlan mohon doa orang ramai agar segala yang diaturkan buatnya ini dipermudahkan.

Netizen pesan hargai isteri dulu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membidas semula kenyataan pelakon berusia 48 tahun itu dengan menyuruhnya menghargai jasa isteri pertama yang bertungkus lumus menjaganya semasa sakit. Selain itu, warganet turut mendoakan agar hatinya tertutup untuk berkahwin lagi.

Sumber: TikTok @AzlanKomeng

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*