
Penyanyi dari Indonesia, Nissa Sabyan masih menjadi sasaran netizen walaupun isunya yang didakwa merampas suami sahabatnya, Ririe telah lama berlalu.
Digelar penyondol
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nissa atau nama lengkapnya Khoirunnisa dilihat sedang mendendangkan lagunya ‘Ya Maulana’ ketika di sebuah acara di Jakarta.
Namun, apa yang meraih perhatian apabila terdapat penonton yang didakwa menjerit ‘penyondol’ ke arahnya.
Pada perkongsian itu, Nissa tidak dapat menahan sebak namun tetap meneruskan nyanyian sehingga habis.
Air mata palsu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat Indonesia tidak dapat melupakan tindakan anggota kumpulan Sabyan Gambus itu yang didakwa tergamak menganiaya sahabatnya sendiri.
Imbas kembali, adik kepada suami Nissa iaitu Ayus mendedahkan kecurangannya selepas dia terlupa memadam perbualan antaranya dengan Nissa di satu aplikasi chat.
Sejak khabar pernikahan mereka, Nissa digelar penyondol dalam rumah tangga Ayus dan bekas isteri, Ririe.
Nissa dan Ayus didakwa telah menjalinkan hubungan sejak 2021 namun tidak mengeluarkan sebarang kenyatan mengenainya.
Sumber: TikTok @sumeks.co
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply