
Kecoh ketika ini apabila seorang pelakon lelaki didakwa telah melakukan onar dan tidak mahu bertanggungjawab selepas menghamilkan seorang wanita.
Tak bertanggungjawab?
Pendedahan itu dibuat seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Hana menerusi temu bual bersama Melodi TV3.
Dakwa Hana, pelakon tersebut menawarkan wang untuk menggugurkan kandungan selepas mendapat berita mengenai kehamilannya.
Saya nak bagitahu yang saya ada kenal dengan seorang artis ini, nama dia adalah (tak didedahkan).
Saya dengan dia dah memang terlanjur dan kemudian saya dapat tahu yang saya dah hampir sebulan mengandung.
Kemudian saya bagitahu dia tetapi dia sanggup bagi duit untuk saya gugurkan.
Dia cakap, dia tak nak saya tutup periuk nasi dia sebab dia hanya tahu berlakon.
Bukan itu sahaja, Hana turut mendakwa pelakon yang sudah mempunyai kekasih itu sudah menyekat nombor telefon bimbitnya dan menghilangkan diri.
Sepanjang setahun kenal, macam-macam janji dia bagi nak kahwin dan jaga saya tapi sekarang ini dia menghilang.
Saya memang sedih sebab dia buat saya macam ini. Dia memang tak guna sebab dah janji nak kahwin dan jaga saya.
Tapi bila saya mengandung, dia bagi duit untuk gugurkan, terus pergi dan tak ‘contact’ saya pun.
Masa itu saya adalah wanita yang sangat bodoh sebab percaya cakap lelaki.
Bila dah jadi macam ini, saya tak tahu kedepan nanti apa yang akan jadi.
Nak beri pengajaran kepada wanita
@melodiberapi Melodi menerima Aduan mengenai seorang pelakon lelaki yang didakwa tidak mahu bertanggungjawab diatas perbuatannya yang mengham**lkan gadis ini.. Jom dengarkan luahan si pengadu. meloditv3 aduan
Mengulas lebih lanjut, Hana menegaskan bahawa tujuan dirinya membuat pengakuan ini bukanlah untuk menjatuhkan pelakon berkenaan tetapi lebih kepada mahu memberikan pengajaran buat wanita di luar sana.
Saya bukan nak publisiti atau nak jatuhkan dia, tidak. Saya buat sebab berkaitan dengan aib dan maruah saya.
Saya cuma nak bagi pengajaran kepada semua wanita untuk tidak mendekati lelaki yang suka memberikan janji-janji manis.
Akhir perkongsian, wanita itu berharap agar pelakon tersebut bertanggungjawab dengan apa yang telah dilakukannya.
Tolong jadi lelaki bertanggungjawab. Macam-macam janji manis yang awak bagi tapi bila saya jadi macam ini awak terus tinggalkan saya.
Terus terang, saya tak tahu kenapa awak buat saya macam ini.
Yang awak fikirkan ialah maruah awak dan keluarga awak saja. Macam mana pula dengan maruah saya dan keluarga saya?
Sumber: Melodi TV3
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply