Hampir Setahun ‘Hilang’, Hantaran Terbaru Rossa Sera Di TikTok Buat Ramai Terkejut

Setelah hampir setahun menyepi daripada media sosial, bekas isteri kepada Shuk Sahar iaitu Rossa Sera mengejutkan ramai selepas dia berkongsi satu hantaran di TikTok.

Menerusi hantaran itu, Rossa atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah, dilihat mendukung seorang bayi dan telah mencetuskan tanda tanya serta menimbulkan spekulasi dalam kalangan pengikutnya.

Ramai pengikut wanita dari Sabah ini meninggalkan komen dan mengesyaki bahawa Rossa baru sahaja menimang cahaya mata.

Hal itu sekaligus membuatkan ramai turut tertanya bila Rossa mendirikan rumah tangga kerana tiada pula sebarang berita tentang perkahwinannya sebelum ini.

Lebih menguatkan lagi kata-kata netizen apabila menerusi bio di akaun TikTok Rossa iaitu @itsmerossasera tertulis status ‘Married’ berserta emoji sebentuk cincin.

Bagaimanapun, Rossa telah pun memadam video yang memaparkan dirinya bersama bayi tersebut yang tertulis kapsyen ‘Hi #fyp’.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*