Nora Danish Bagi Semua Baju Zaman S3ksi Kepada Kawan ‘Non Muslim’, Dalam Proses Buang 26,000 Gambar Tidak Berhijab Di IG

Semenjak berhijrah dan mula bertudung, pelakon Nora Danish memberitahu semua pakaian lama miliknya yang mendedahkan aurat sudah diberikan kepada rakan-rakan bukan beragama Islam.

Baju seksi

Nora atau nama lengkap Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata, dia tidak boleh menjual pakaian tersebut kerana dosa orang yang membeli akan ditanggung olehnya.

Pakaian-pakaian zaman saya seksi itu semuanya sudah diberikan kepada rakan-rakan saya yang bukan Islam.

Sebab kalau saya nak jual pakaian itu tidak boleh, ibaratnya saya akan tanggung dosa mereka yang akan membelinya. Lama dah saya ‘let go’ semua pakaian itu, dah tak simpan lagi.

Nora berkata demikian ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen koleksi jenama Amber bertemakan ‘Raya Romantics’ di sebuah hotel di Kuala Lumpur, pada Isnin.

Gambar di IG

Selain tidak lagi menyimpan pakaian seksi, ibu kepada dua cahaya mata itu juga berkata dia dalam proses memadam semua gambar yang agak keterlaluan di Instagram miliknya.

Saya sebenarnya perlu buang semua gambar tidak menutup aurat di Instagram tetapi mengambil masa kerana jumlah gambar di Instagram ada lebih kurang 26,000.

Saya baru buang beberapa ribu dan masih ada banyak lagi, saya kena belek satu-satu. Apabila tengok gambar-gambar lama, saya cakap dalam diri ‘apa lah aku buat dulu’.

Namun itu merupakan proses kehidupan. Kalau tidak lalui fasa-fasa itu, mungkin tidak rasa menyesal seperti sekarang.

Istiqamah

Bercakap fasal Istiqamah, pelakon filem Lagenda Budak Hostel itu berkata, dia berdoa kepada Allah agar dirinya sentiasa berada di jalan yang benar menuju reda Ilahi.

Untuk berhijrah itu senang tapi untuk istiqamah itu tidak mudah. Istiqamah perlu dipandang dari pelbagai sudut termasuk ingin jaga solat awal waktu dan beberapa lain lagi.

Saya berharap dan sentiasa berdoa kepada Allah untuk kekalkan rasa sedih, rasa berdosa dalam diri selama-lamanya.

Kalau tanya saya petua untuk istiqamah, saya tiada jawapan. Tetapi sentiasa berdoa dikelilingi orang yang baik untuk sentiasa mengingatkan saya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*