Mahu penuhi permintaan anak tiri, Nora sampai pujuk suami minta dicer4ikan

KEMELUT rumah tangga Datuk Nora Ariffin nampakya masih berlarutan apabila penyanyi berkenaan sekali lagi mahu memohon cerai daripada suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli.

Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 53, berkata, sudah lebih 10 kali dia meminta untuk diceraikan atas permintaan isteri pertama dan anak suaminya itu.

Nora bagaimanapun memberitahu permintaan untuk berpisah tidak mendapat persetujuan daripada Rushdi.

“Saya sedang memujuk ustaz untuk ceraikan saya buat kali kedua, supaya tiada kata-kata fitnah, caci maki, hasut menghasut masyarakat membenci, memburukkan serta menjatuhkan nama saya di media sosial.

Perkongsian yang dimuat naik Nora di Instastory miliknya.

“Dah lebih 10 kali saya minta suami lepaskan saya kerana ingin tunaikan permintaan ustazah dan anak tapi ustaz tak nak lepaskan. Saya nak buat apa lagi?” katanya.

Nora berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada pagi Isnin.

Dalam pada itu, Nora memberitahu dia akan menunaikan hasrat isteri pertama Rushdi iaitu Rose dan anaknya yang dikenali sebagai Alia untuk berpisah dengan suami.

“Saya akan penuhi permintaan Alia dari dulu lagi untuk kami bercerai.

“Insya-Allah ustazah Rose (nama panggilan madu) akan kembali monogami seperti yang diinginkan,” ujarnya.

Penyanyi lagu Di Persimpangan Delima ini bagaimanapun memohon maaf kerana bersetuju bernikah dengan Rushdi dan rujuk kembali selepas mereka bercerai pada Ogos tahun lalu.

“Saya mohon maaf kerana menerima lamaran dan berkahwin secara sah dengan Rushdi.

“Setelah ustaz (suami) didesak ceraikan saya, ustaz kembali rujuk kepada saya. Saya minta maaf kerana terima dan rujuk kembali.

Nora sebelum ini tidak pernah bersuara isu rumah tangga di media sosial.

“Saya minta maaf kerana post gambar bersama ustaz, saya sudah padam semua gambar-gambar berdua kami. Yang ada cuma gambar ramai-ramai,” katanya.

Sementara itu, Nora memberitahu dia tidak pernah bersuara mengenai hal rumah tangga mereka meski pun menjadi perbualan di media sosial.

Penyanyi berkenaan turut memberi gambaran bakal membawa perkara ini untuk diselesaikan secara undang-undang.

“Dari 2019 saya tidak pernah bersuara atau respon terhadap semua kata-kata yang ditujukan kepada saya di media sosial.

“Tetapi sekarang semuanya sudah keterlaluan, biar undang-undang yang menentukan, jelasnya.

Usaha mStar mendapatkan kenyataan Nora tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej yang dihantar tidak dijawab.

Pada 12 Ogos tahun lalu, Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi rakaman video berdurasi 52 saat.

Malah selepas video berkenaan dikecam ramai, Nora sempat membela bekas suaminya dan memaklumkan itu bukanlah atas kehendak suami sebaliknya mengikut arahan seseorang.

Nora dan Rushdi sebelum ini pernah bercerai namun rujuk kembali.

Selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, penyanyi berkenaan memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.

Nora sebelum itu pernah berkahwin dengan komposer Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*