Didie Alias datang beri semangat buat Amyza Aznan, rai hari jadi ke-19 Andre di wad

SEBAGAI seorang sahabat dan ibu, pelakon Didie Alias sangat memahami apa sedang dirasai rakan artis iaitu Amyza Aznan yang sedang berdepan ujian anak lelakinya disahkan menghidap kanser paru-paru.

Didie atau Nur Fadzilah Ali, 54, berkata, walaupun sibuk namun dia tetap mencari peluang bertemu Amyza bagi memberi semangat walaupun ujian dilalui berat untuk diterima.

“Sempat Mummy (panggilan Didie) luangkan masa walaupun sekejap dengan Amyza.

Didie memberikan semangat buat sahabatnya, Amyza.

“Bagi semangat dekat Amyza, bagi dia sedikit senyuman walaupun berat dugaan dihadapi.

“Sama-sama kita doakan buat sahabat
Mummy ya,” katanya.

Didie berkongsi perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, tidak hanya menceriakan
Amyza, Didie turut mengambil kesempatan meraikan ulang tahun Andre Mikail ke-19
sewaktu melawatnya di wad Hospital Kuala
Lumpur (HKL).

Didie dan Amyza turut menyanyikan lagu
Selamat Hari Jadi buat Andre yang turut mengalirkan air mata kerana terharu dengan
kejutan tersebut.

“Sebenarnya berat hati nak muat naik video ini tapi hari ini (Sabtu) hari istimewa buat
Andre anak kepada sahabat mummy.

“Hari ini (Sabtu) hari ulang tahun Andre yang ke-19, mummy doakan Andre terus kuat ya sayang.

“Mummy mohon doa dari semua yang baca ini doakan buat Andre semoga ada keajaiban buat Andre. Semoga cepat sembuh,” ujarnya.

Amyza sebelum ini memaklumkan anaknya menghidap kanser paru-paru.

Pada 15 Februari lalu, Amyza, 47, berkongsi khabar duka Andre yang merupakan anak sulungnya disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Amyza sendiri selepas tiga minggu anaknya itu menerima rawatan di Hospital Ampang, Selangor.

Remaja itu kini sudah pun dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*