
HARI perkahwinan biasanya menjadi memori terindah untuk pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Majlis yang diadakan dianggap sebagai hari yang cukup istimewa kerana dirai sanak saudara, sahabat handai dan jiran tertangga sebagai raja sehari.
Namun, bagi seorang pengantin perempuan hari gembiranya bertukar menjadi sebaliknya gara-gara mulut mak cik ‘puaka’.
“Masa aku bersanding ada seorang makcik belah laki aku cakap ‘harap ini perkahwinan yang pertama dan terakhir’.
“Dia cakap macam tu seolah-olah memerli aku yang pernah memegang status janda sebelum ni.
“Dalam majlis yang sepatutnya aku menjadi raja sehari menjadi suram lepas dengar kata-kata ‘ajaib’ dari mak cik tu,” luah seorang wanita.
Dedah wanita itu, lebih menyakitkan hati apabila makcik tersebut turut memuat naik status di laman sosial memuji kecantikan bekas tunang suaminya.
“Katanya bekas tunang suami aku lagi manis dari aku. Salahnya sebab aku tak sempat nak salam dengan saudara mara masa majlis tu.
“Sedangkan atas pelamin semua orang aku salam dengan senyuman. Tapi dia nak juga aku turun dari pelamin untuk salam.
“Sebagai pengantin sumpah penat. Baru duduk meja beradab orang datang nak bergambar juga.Sesuap nasi pun tak sempat dijamah,” katanya.
Abaikan ja kata-kata negatif tu, yang penting awak dan suami bahagia.
NETIZEN
Tambah wanita itu, disebabkan dia dan suami berkongsi majlis, ibu saudara itu juga menuduh ibunya tidak suka kepada pengantin lelaki kerana meninggalkan kenduri lebih awal…
“Dah pukul 4.15 petang, mesti la mak aku yang dah tua umur 70 tinggalkan dewan tu sebab faktor usia.
“Kami yang pengantin pun tak sempat rehat nak bagi majlis ni dipermudahkan. Tapi mak cik belah lelaki yang menghancurkan semua dengan kata-kata puaka dia,” katanya.
Sementara itu, warga maya mengharapkan wanita itu bertabah dan mengabaikan kata-kata yang dilemparkan ibu saudaranya itu.
“Tahniah, abaikan ja kata-kata negatif tu. Yang penting awak dan suami bahagia.
“Sumpah biadab mak cik ni! Kurang ajar.
“Mentua orang tu OK je, saudara mara pula yang lebih-lebih bukan anak dia yang kahwin,” kata netizen.
Sumber: Mstar
Leave a Reply