“Saya Berada Pada Tahap Terendah Dalam Hidup…” – Zahnita Wilson Akui Pernah Ke Wad Psiki4tri, Cari Ketenangan Dengan Baca Al-Quran

Pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson telah mendedahkan dia pernah berjumpa dengan pakar psikiatri selepas melalui fasa yang begitu sukar dalam kehidupannya pada 2019.

Menurut OhBulan!, Zahnita atau nama lengkapnya Zahnita Dorothy Hussien Wilson akui bahawa pada ketika itu dia berada di titik terendah dalam hidupnya.

Walau bagaimanapun, pada akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan rawatan selepas melihat keadaan pesakit lain yang lebih parah.

Jujurnya saya pernah ke wad psikiatri di mana saya berada pada tahap terendah dalam hidup sehingga perlu ditahan di wad berkenaan.

Tapi bila saya sampai di wad itu saya tengok keliling ada ramai pesakit lain yang menunggu keadaan mereka jauh lebih teruk daripada saya.

Jadi saya tak rasa saya patut berada di sana sebab saya tak seteruk mereka dan pilih untuk patah balik ke rumah.

Kata Zahnita, selepas dia menyedari dirinya perlu mencari ketenangan, dia memilih untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Mungkin kerana saya hilang arah waktu itu. Saya mencari ketenangan dengan membaca al-Quran dan berdoa pada Allah.

Model itu turut mendedahkan bahawa suaminya, Abdul Zackery merupakan individu yang bertanggungjawab membawanya ke wad psikiatri untuk mendapatkan bantuan pakar.

Dia (Abdul Zackery) ialah orang yang bawa saya ke wad psikiatri berkenaan.

Mungkin ketika itu dia nampak saya memang berada di tahap terendah seperti tak tentu arah. Jadi dia cuba untuk cari orang yang boleh bantu saya mungkin.

Sebelum ini, Zahnita telah memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan pada 3 Disember 2024 selepas berkongsi foto memaparkan matanya lebam di akaun Instagramnya.

Zahnita mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga setelah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*