Madammu Sanggup Bayar Dua ‘CL’ Jaga Anak Bongsu, Takut Dengan Isu Tersedak Susu – ‘Untuk Anak, Ibu Sanggup Korbankan Apa Saja’

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Madammu, meluahkan rasa sebak ekoran isu bayi yang meninggal dunia akibat tersedak susu.

Tersedak susu

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Madammu atau nama lengkapnya Eriyca Baiduri mengupah dua pembantu atau ‘Confinement Lady’ untuk mengawasi pergerakan anaknya, Ahmad Kayden, siang dan malam.

Dari hari pertama Kayden lahir, benda yang paling saya takut adalah tersedak susu.

Sampaikan sanggup bayar dua orang CL jaga Kayden. Sorang malam sorang siang.

CL malam akan berjaga untuk pastikan Kayden dalam keadaan baik.

Walaupun menerima pelbagai kritikan, usahawan berusia 35 tahun itu sanggup berkoran apa jua demi keselamatan anak-anak.

Pengorbanan ibu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman menjaga anak sehingga tidak lena tidur pada waktu malam. Selain itu, warganet turut memuji usaha Madammu dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin.

Sumber: TikTok @madammmmu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*