![Zafirah Keramat Viral Artikel Image - 2025-02-05T154743.180](https://www.keramatviral.com/wp-content/uploads/2025/02/Zafirah-Keramat-Viral-Artikel-Image-2025-02-05T154743.180-678x381.png)
Pelakon, Abby Abadi telah meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak perempuannya, Marissa Dania, yang kini telah berjaya mengusahakan perniagaannya sendiri.
Abby merasakan ia satu kebanggaan melihat anaknya yang dahulu pemalu dan kurang berkeyakinan, kini mampu berdikari dan menguruskan perniagaan dengan cara yang sangat mengagumkan.
Perkara ini dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagramnya dan dia memuji Marissa yang kini bukan sahaja sudah mempunyai produk sendiri, malah telah berjaya menguasai siaran langsung di media sosial untuk mempromosikan jualannya.
Hebat anak mama. Nampak sangat berdikari.
Dari tak pandai serba serbi, malu itu ini, tak pandai bersembang sangat sampai ada produk sendiri dan pandai buat live dah sekarang.
Seperti anaknya, Abby juga mengalami perasaan yang sama, berasa segan dan takut dianggap keseorangan.
View this post on Instagram
Namun, setelah mengatasi perasaan tersebut, dia berjaya menguatkan diri untuk terus maju dan berusaha, sambil memberikan semangat kepada dirinya sendiri serta orang lain.
Abby turut memohon doa daripada orang ramai agar perjalanan hidup keluarganya dalam mencari rezeki dipermudahkan dan dia berharap setiap usaha yang dilakukan diberkati dan dipermudahkan.
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply