Sebelum ini, pelakon Azar Azmi yang tiba-tiba menghilang dari dunia seni hiburan tempatan telah menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.
Terbaharu, seorang individu yang mendakwa dirinya anak saudara kepada Azar tampil memuat naik foto terbaru pelakon itu di TikTok.
View this post on Instagram
Kongsi individu itu lagi, Azar sudah tidak mahu bergelar pelakon dan kini menumpukan perhatiannya terhadap bisnes.
Dia ada je, tapi dia dah resign jadi aktres. Dia nak fokus bisnes sahaja sebab setakat ini keluarga pun tak tahu dia buat apa kerana kehidupannya sangat privasi. Tetapi dia baik-baik sahaja.
Dalam keluarga dia yang paling ‘masuk air’ dan paling extrovert. Tapi insyaAllah suatu hari bila dia sudah betul-betul pulih, dia akan buat kenyataan tentang mengapa dia sudah tak mahu berlakon. Kadang-kadang masa raya atau kenduri kahwin je dia muncul.
Individu itu turut mendedahkan bahawa aktres itu belum bergelar isteri kepada mana-mana lelaki seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini.
“Dia belum berkahwin. Semua itu dusta, netizen ni ada-ada je.” kongsi individu itu lagi.
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Sumber
Leave a Reply