![Zafirah Keramat Viral Artikel Image - 2025-02-05T114615.332](https://www.keramatviral.com/wp-content/uploads/2025/02/Zafirah-Keramat-Viral-Artikel-Image-2025-02-05T114615.332-678x381.png)
SESEORANG itu seharusnya menjaga pertuturan dan kelakuan ketika berada rumah ibadah seperti masjid mahupun surau.
Bagaimanapun, sifat segelintir individu yang gemar berprasangka buruk boleh menyebabkan diri terjerumus melakukan dosa kering.
Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa kesal dengan tindakan individu lanjut usia yang menyindirnya ketika menunaikan ibadah.
Ruang solat perlu dikongsi secara berhemah. -Gambar hiasan
Menurut wanita itu, dia mengalami masalah pada bahagian anggota kaki dan terpaksa solat secara duduk di atas kerusi.
“Saya selalu berdoa kepada Allah untuk lembutkan hati dan jauhkan diri daripada sifat amarah. Tapi hari ni saya tewas, saya jadi bengang betul.
“Kisahnya begini, saya singgah ke sebuah surau di pusat beli-belah, macam biasa saya solat di atas kerusi memandangkan kaki saya belum pulih. Saya tak boleh bersimpuh, sukar untuk saya duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.
“Cuma masalahnya surau tu ada satu kerusi je. Saya pun nak mulakan solat, tiba-tiba ada seorang makcik di tepi saya cakap begini… muda lagi, tapi dah solat guna kerusi. Dia sindir begitu sambil matanya jeling dekat saya.
“Geramnya hati saya dengar tapi saya teruskan juga solat. Saya dapat rasakan makcik tu marah sebab dia pun nak guna kerusi tu. Saya bukannya suka-suka ambil, saya memang perlukan kerusi tu,” imbas wanita berkenaan.
Wanita itu seterusnya berharap makcik terbabit tidak cepat menghakimi seseorang tanpa mengetahui kisah di sebaliknya.
Mulut orang memang susah kita nak kawal, biarkan je la apa orang nak cakap… kita cekalkan je hati.
WARGA MAYA
“Selepas habis solat, saya gunakan isyarat mata untuk beritahu makcik tu yang dia dah boleh ambil kerusi tersebut, satu patah perkataan pun saya tak cakap dekat makcik tu.
“Saya terkilan sebab dia tak tahu apa yang saya lalui dalam hidup ni, tapi dia cepat sungguh nak bercakap buruk tentang saya. Jaga bahasa dan diri awak tu, senyap je kalau tiada benda baik nak cakap.
“Daripada saya buka telekung sampai saya bersiap nak keluar surau, makcik tu asyik pandang saya, makin geram dibuatnya. Saya benci awak makcik,” ujar wanita itu.
Pelayar bertukar pandangan.
Melewati ke ruangan komen, warga maya menasihati wanita itu supaya bersabar dan tidak terbawa-bawa dengan perasaan.
“Mulut orang memang susah kita nak kawal, biarkan je la apa orang nak cakap. Kita cekalkan je hati.
“Semoga suatu hari nanti ada kifarah untuk makcik tu dan ketika itu baru dia sedar kesilapan dia,” ujar pelayar.
sumber: mstar
Leave a Reply