“Walaupun Saya Salah, Kita Boleh Bincang. Kalau Awak Masih Panjangkan Lagi, Saya Tak Teragak-Agak Ambil Tindakan” – Kelana Shamsudin

Kecoh di media sosial, baru-baru ini, mengenai kemelut rumah tangga personaliti media sosial, Siti Nur Nashrah, di mana dia mendakwa suami berumur 64 tahun, Kelana Shamsudin melakukan maksiat dengan wanita lain.

Mohon isu rumah tangga tak diperbesarkan di media sosial

Bahkan, Nashrah atau mesra dipanggil sebagai Nashkay turut mendakwa Kelana meraba adiknya yang ketika itu masih berumur 11 tahun.

Tidak mendiamkan diri, Kelana tampil bersuara di platform TikToknya dengan meminta agar masalah ini dibincang antara mereka berdua sahaja dan tidak perlu perbesarkan di laman media sosial.

@nashkay777

♬ original sound – Kelana61 – Kelana61

Tak akan teragak-agak ambil tindakan undang-undang

Malah, lelaki berumur 64 tahun itu turut memberi amaran jika wanita terbabit masih mahu menyebarkan cerita di media sosial, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Walaupun saya salah, kita boleh bincang, Kalau awak masih panjangkan lagi, saya tak teragak-agaklah untuk ambil tindakan.

Dalam pada masa yang sama, Kelana turut akan mengambil tindakan terhadap individu yang merakam dirinya bersama wanita lain di sebuah hospital serta menasihati agar tidak menganggu privasi orang lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*