Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Raffi Ahmad dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak 1.03 trilion Rupiah atau RM282 juta.
Kekayaan Raffi Ahmad
Perkara itu didedahkan oleh Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) Indonesia selepas Raffi atau Raffi Farid Ahmad, 38, mengisytiharkan hartanya, baru-baru ini.
Difahamkan, kekayaan pelakon dan usahawan itu terdiri daripada 45 bidang tanah serta memiliki bangunan di seluruh Indonesia yang dianggarkan bernilai 737 bilion Rupiah atau RM200 juta. Aset-aset tersebut berada di beberapa kawasan seperti Jakarta, Depok, Tangerang, Bali, Bandung dan Makassar.
Bukan itu sahaja, aktor itu turut memiliki 23 buah kereta dan motosikal mewah yang dianggarkan bernilai 55 bilion Rupiah atau RM15 juta. Antara koleksi kereta pelakon berkenaan adalah Rolls Royce, Ferrari, Dodge SRT Hellcat, Lamborghini, motosikal Harley Davidson dan banyak lagi.
Raffi mempunyai aset harta bergerak lain yang bernilai Rp 46.7 bilion bersamaan RM13 juta. Selain itu, turut memiliki aset dalam bentuk sekuriti (surat berharga) yang bernilai Rp 307 bilion (RM84 juta), tunai dan setara tunai 5.3 bilion Rupiah (RM1.4 juta).
Bagaimanapun Raffi juga mempunyai hutang yang belum dilangsaikan sebanyak 136 bilion Rupiah atau RM37 juta. Meskipun memiliki RM282 juta kekayaan tetapi aktor ini bukanlah individu terkaya di Indonesia sebaliknya dia mendapat tempat ketiga daripada enam individu yang tersenarai.
Menurut sumber, Raffi memperoleh aset tersebut sebelum dia menyertai dunia politik.
Sumber: Detik, CNBC Indonesia
Leave a Reply