LAMBAKAN ‘influencer’ di media sosial tidak mendatangkan kegusaran kepada pempengaruh Ryan Bakery untuk terus kekal relevan di platform tersebut.
Ini kerana kata Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 30, dia tidak pernah terfikir mengejar populariti sebaliknya mahu mencari rezeki menyara keluarga.
“Saya sudah letak di dalam fikiran awal-awal yang saya mahu cari rezeki berbanding populariti sebabnya kalau kita kejar popular, tidak akan kekal lama.
“Jadi saya sentiasa (fikir konten yang bagus) untuk mencari rezeki.
Sebab itu kalau ada ruang untuk pergi ke media arus perdana, saya pergi sahaja untuk kuatkan lagi jenama saya,” katanya.
View this post on Instagram
Bercerita mengenai perkembangan semasanya, Ryan memaklumkan 2025 merupakan tahun yang indah baginya apabila bakal berkolaborasi bersama banyak jenama besar.
“Tahun ini Alhamdulillah saya ada beberapa kolaborasi dengan jenama-jenama besar. Itu semua adalah rezeki anak,” ujarnya.
Sumber: mstar
Leave a Reply