SETIAP individu yang berhasrat mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia.
Dalam usaha mencari kebahagiaan, perkara paling penting adalah mencari pasangan yang baik seperti mana ungkapan ‘lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik’.
Seorang wanita berkongsi tentang rakan lelakinya yang enggan terburu-buru berkahwin kerana bimbang bertemu jodoh dengan perempuan liar atau nakal.
Lelaki atau wanita yang gemar suka berfoya-foya tetap mengimpikan pasangan baik. -Gambar hiasan
“Saya ada kawan lelaki yang selalu berseronok di kelab, konsert, yang apa-apa saja semua dia sertai. Tapi tak kahwin-kahwin lagi.
“Bila tanya kenapa, dia kata tak jumpa lagi perempuan baik. Dia tak nak perempuan dalam circle dia. Dia dah tahu perangai macam mana,” kata wanita berkenaan.
Mendengar jawapan rakan lelakinya itu, dia mula terfikir rasional alasan yang diberikan.
Dalam hal ini dia berpandangan, selagi rakannya itu tidak berubah ke arah kebaikan, pastinya sukar untuk bertemu dengan calon isteri idaman.
“Jadilah baik baru jumpa perempuan baik. Duduk di tempat sama jumpa orang perangai sama la,” katanya, sambil menambah lelaki berkenaan ada mengajaknya berkahwin, namun dia menolak.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen pada hantarannya mengakui lelaki atau perempuan yang nakal tidak berminat mengahwini pasangan yang mempunyai perangai sama dengan mereka.
Kita diajar supaya sentiasa berdoa dan berusaha mencari pasangan yang baik akhlaknya, bertanggungjawab dan mentaati perintah Allah.
PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
Sebaliknya, golongan itu lebih tertarik kepada individu yang mempunyai latar belakang baik dengan harapan dapat membimbing mereka selepas mendirikan rumah tangga.
“Dulu kawan perempuan saya kaki kelab, dia pernah tanya macam mana nak jumpa lelaki yang baik.
Saya tanya dia nak jumpa lelaki baik atau nak ubah hidup dengan harapan yang baik akan datang?
“Bermula dari situ dia tinggal segala-galanya. Dia mula solat, pakai hijab, berubah 360 darjah.
Kemudian tahu jadi apa? Dia jumpa lelaki yang diimpikan terus kahwin dan sekarang dengan anak kembar mereka.
“Kalau dah awal-awal letak pemikiran macam ni sampai bila-bila tak kahwin. Sekurang-kurangnya berubah la perlahan-lahan. InshaAllah ada jumpa jodoh yang baik.
“Perangai nauzubillah, nak cari wanita solehah, nak naya orang ke? Perempuan baik untuk lelaki baik. Kalau kau belum capai tahap baik pegi jauh-jauh,” demikian antara komen netizen.
Reaksi netizen
Sementara itu, berdasarkan semakan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan jodoh merupakan
sebahagian ketentuan Allah terhadap hamba-Nya.
“Kita diajar supaya sentiasa berdoa dan berusaha mencari pasangan yang baik akhlaknya,
bertanggungjawab dan mentaati perintah Allah.
“Nabi SAW memberi garis panduan yang jelas dalam memilih pasangan sama ada di pihak suami mahupun isteri. Isteri yang baik untuk lelaki yang baik, manakala isteri yang tidak baik untuk lelaki yang tidak baik.
“Islam melihat sifat malang itu dari sudut kebaikan di sisi Allah,” demikian keterangan di laman sesawang.
Sumber: mstar
Leave a Reply