Drama makin panjang! Isteri Along Cham pula buat laporan p0lis, d4kwa sudah salur RM95,180 kepada seorang wanita

ISTERI kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi membuat laporan polis terhadap individu bernama Ika yang didakwa menipu sehingga dia bertindak menyerahkan wang sebanyak RM95,180
atas tujuan untuk membebaskan suaminya itu.

Selesai membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada pagi Rabu, Afreena yakin kebenaran akan terbukti dan dia berada di pihak benar.

“Selesai buat laporan polis, seleweng RM100,000? Kebenaran akan menang diakhirnya,” katanya menerusi Instastory.

Perkongsian Afreena di Instastory miliknya.

Bersama kapsyen tersebut, Afreena juga berkongsi tangkap layar bersama seorang pengguna Instagram yang mendakwa menjadi mangsa penipuan Ika.

Malah personaliti media sosial iaitu Siti Jamumall turut membuat laporan berhubung perkara sama terhadap Ika di Balai Polis Setia Alam.

Jelas Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 27, dia tidak berpihak kepada sesiapa, sebaliknya hanya mahu mengetahui kebenaran selepas memberikan derma sebanyak RM33,000 kepada Afreena untuk membantu Along yang masih berada dalam tahanan polis ketika itu.

“Walaupun tidak kenal, niat saya beri duit sebanyak RM33,000 hanya nak bantu Afreena yang mahu membebaskan suaminya.

“Tambah pula saya faham betapa sukarnya seorang ibu mahu besarkan anak-anak sendirian.

“Berkaitan masalah hal rumah tangga mereka saya tak nak campur, cumanya memang ada bukti terdapat aliran wang sebanyak RM95,180 ke satu akaun perniagaan,” jelasnya.

Sebelum ini, Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa Afreena telah menyeleweng dana sumbangan hampir RM100,000.

Siti Jamumall turut membuat laporan polis.

Malah dedah Along pelakon Aaron Aziz antara rakan artis yang memberikan sumbangan tersebut.

Pelawak itu juga memberitahu bakal memfailkan pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Rendah
Syariah Sepang, Selangor dalam masa terdekat.

Untuk rekod, Along bertemu jodoh kali kedua dengan Afreena pada 4 April 2024 selepas sembilan tahun hidup menduda apabila bercerai dengan bekas isteri pertamanya, Zila Saeron pada September 2016.

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*