“Tak Boleh Tipu, Saya Sebenarnya Rindu” – Ina Naim Kongsi Momen Arw4h Suami ‘Ziarah’ Dalam Mimpi

Pemergian seorang suami pasti memberi kesan yang mendalam, terutamanya kepada isteri. Inilah yang dialami oleh balu kepada penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad, iaitu Ina Naim.

Dalam satu siaran langsung di TikTok, Ina atau nama penuhnya Nordiana Mohd Naim berkongsi bahawa arwah Suhaimi muncul dalam mimpinya selama tiga hari berturut-turut.

@nizarwatie

Bagus suami Ina sekarang. sangat memahami. Biasalah kadang terbit rasa rindu pada Arwah suami. Moga Ina baik-baik saja. #ina #inanaim #inasuhaimi #suhaimisaad

♬ original sound – Ladywatie | Affiliate – Ladywatie | Affiliate

Dengan air mata yang mengalir, ibu kepada empat anak ini mengakui betapa dia merindui suaminya yang telah pergi.

Selama saya demam tiga hari, saya mimpi arwah. Tapi saya ada cerita dengan Khairul (suami) juga.

Cuma Khairul kata, ‘kalau mimpi, jangan lupa untuk balik semula ke sini.’

Arwah datang tak bercakap. Tak boleh tipu, saya sebenarnya rindu.

Di ruangan komen, ramai warganet turut meluahkan rasa sebak melihat Ina yang terlalu merindui arwah Suhaimi.

Untuk makluman, Ina dan Suhaimi telah mendirikan rumah tangga pada 12 Oktober 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat masalah kesihatan.

Sepanjang perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah, dan Nur Layla Elghufrony.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*