WANITA warga Indonesia, Mondy Tattoo diarah membayar RM20,000 kepada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew sebagai ganti rugi kerana memfitnah personaliti dakwah itu merogolnya.
Perintah tersebut dikeluarkan Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas meneliti hujah peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Ebit selaku plaintif.
Ebit berkongsi perkembangan kes berkenaan menerusi satu hantaran di laman Facebook, pada petang Rabu.
“Alhamdulillah, syukur pada Allah saya menang saman ke atas Mondy atau Dita Restu dan beliau diminta membayar RM20,000 pada saya yang diputuskan Mahkamah Seksyen Shah Alam,” tulisnya.
Ebit turut memuat naik writ saman yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen Shah Alam, bersama hantaran tersebut.
Pada September 2023, Ebit tampil membuat laporan polis selepas Mondy membuat pendedahan bahawa individu berperwatakan alim melakukan gangguan seksual terhadapnya.
Pendedahan tersebut dilakukan Mondy dalam sesi podcast bersama Caprice atau Ariz Ramli, yang mana dia mendakwa kejadian berkenaan bermula ketika hari pertama dia tiba di Malaysia.
Ebit turut memaklumkan samannya terhadap Caprice yang menyiarkan podcats berkaitan dakwaan terbabit akan berlangsung pada Mei ini.
“Saman saya kepada Caprice yang menyiarkan podcast itu akan berlangsung pada Mei 2025 ini insya-Allah, setelah menunggu setahun,” tulisnya lagi.
sumber: mstar
Leave a Reply