Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad telah berkongsi pengalamannya ketika pertama kali menyertai kumpulan tabligh pada tahun 2021 yang lalu.
Nabil atau nama lengkapnya Ahmad Nabil Ahmad berkata, hatinya secara tiba-tiba muncul perasaan mahu mendekati agama dengan lebih mendalam.
Saya masuk tabligh sebab ada satu pagi tu saya bangun tidur, pergi mandi tiba-tiba datang satu perasaan suruh saya masuk tabligh.
Saya betul-betul tak percaya kehidupan tabligh berlaku dalam diri saya. Masuk tabligh rasa seperti dilahirkan semula, reborn.
Satu perkara yang tak pernah terfikir akan berlaku dan ilmu yang diperoleh di sana. Saya mengaji sejak masuk tabligh, sebelum tu tak pandai mengaji.
Perkara itu telah dikongsikan menerusi satu saluran podcast, Inspirasi.MY
Dalam pada itu, Nabil akui banyak ilmu agama yang diperoleh sepanjang menyertai kumpulan tabligh dan perkara itu membuatkan dirinya semakin faham maksud sebenar kehidupan di dunia sebagai hamba Allah SWT.
Tabligh ini tempat orang tambah ilmu, tempat manusia tahu maksud hidup yang sebenar. Kejayaan sebenar hanya ada dalam agama.
Sejauh mana kita taat perintah Allah dengan mengikut cara Nabi Muhammad. Ini yang saya dapat daripada tabligh.
Kita semua akan ada satu kehidupan lain selepas dunia iaitu alam kubur. Alam kematian lebih dahsyat dan lebih lama.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply