Genap Dua Minggu Isteri Meningg4l Dalam Pel0kan, Suami Kongsi Anak Asyik Nangis – “Jenuh Pujuk, Papa Tau Adik Rindu Mama”

Dua minggu pemergian isteri tercinta di dalam pelukannya pastinya tidak mudah bagi Amirul Nafis Amirnuddin namun dia harus kuat untuk membesarkan anak sulung mereka, Muhammad Faleeq Haq Amirul Nafis yang baru sahaja berusia 2 bulan.

Menerusi hantaran di Instagram, Amirul Nafis berkongsi tentang keadaan anaknya yang kini sudah mula tidak mahu duduk diam dan asyik menangis selepas pemergian ibu.

Adik dah mula tak mahu duduk sangat. Asyik menangis, serba tak kena. Papa tahu adik rindu mama.

Amirul juga turut berkata dia akan berkongsi di media sosial setiap kenangannya bersama arwah isteri, Nur Izzaty Hafizah Abuhuraira agar suatu hari nanti dia dapat melihat dan mengimbau semula semua memori yang ada.

Nanti adik besar dia boleh tengok. Inilah seorang mama adik yang suka jalan dengan papa, yang selalu ada dekat mana dengan papa. Yang paling kuat makan tetapi tetap kurus.

Terdahulu, kisah ibu muda yang meninggal dunia dalam pelukan suami dan sempat memberi susu kepada anak sebelum menghembuskan nafas terakhir telah meruntun hati ramai. Apatah lagi, keluarga kecil itu baru sahaja pulang daripada percutian mereka.

Difahamkan, hasil bedah siasat mendapati Allahyarham meninggal dunia akibat jangkita pada paru-paru namun menurut suaminya, arwah tidak pernah menunjukkan sebarang tanda sedang sakit.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*