Anak Kedua Nazmi Faiz Mansor Meningg4l Dunia Kurang 8 Jam Selepas Dilahirkan

Anak kedua kepada pemain tengah pasukan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Nazmi Faiz Mansor dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Al-fatihah

Berita sedih itu diumumkan sendiri Nazmi menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Menurut bekas pemain Selangor FC itu, anak perempuannya yang diberi nama Maira Maliyqa menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.55 pagi Ahad.

Menerusi hantaran sama, Nazmi memohon jasa orang ramai untuk menitipkan bacaan al-Fatihah buat anak keduanya itu.

Kurang 8 jam selepas dilahirkan

Terdahulu, Nazmi memaklumkan bahawa isterinya iaitu Nurul Yasmin selamat melahirkan anak perempuan keduanya itu pada jam 3 pagi Ahad.

Walau bagaimanapun, pemain bola sepak berusia 30 tahun itu memaklumkan anaknya berada dalam keadaan kritikal dan memohon orang ramai mendoakan yang terbaik.

Untuk rekod, Nazmi dan Yasmin mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Maria Miqayla.

Sumber: FB Nazmi Faiz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*