Sahabat dedah siapa sebenarnya OKU kena bel4sah… Anggap ins1den amat memalukan – “Mana akal, iman kamu semua?”

LULUH hati seorang ‘sahabat lama’ melihat rakannya menjadi mangsa kekejaman dan keganasan, dipukul tanpa belas kasihan di hadapan orang ramai.

Luahan itu dibuat oleh Engku Fadzli menerusi hantaran di Facebook susulan seorang lelaki kurang upaya (OKU) dengan masalah mental dibelasah, dalam kejadian di sebuah pasar tani di Chukai, Terengganu.

Dalam hantaran tersebut, Fadzli berkata rakannya itu, yang dikenali sebagai Paijang atau nama sebenarnya Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek (SHAMS), Kuala Terengganu.

“(Paijang) Seorang yang sangat kami hormati ketika sekolah, sebab dia sangat aktif dalam sukan terutama hoki. Semua orang kenal dia di sekolah. Namun lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), dia diuji dengan gangguan mental.

“Keadaan dia on atau off (tak menentu) selepas tu. Ada masa okay, ada masa tak okay. Nasib dia tak baik. Dia juga merupakan seorang suami dan seorang ayah. Dia memang OKU.

Fadzli (baris depan, dua dari kiri) menceritakan kebaikan Faizan (baris depan, kanan).

“Tapi setahu kami dia tak pernah bertindak ganas, cuma mulut je kadang-kadang bising dan kasar. Kebiasaannya dia sangat gembira orangnya dan suka bergurau. Selalu buat kelakar,’ ulasnya mengenai Paijang.

Jelas Fadzli, mereka masih berhubung dan mengikuti perkembangan satu sama lain menerusi kumpulan dalam aplikasi WhatsApp.

Namun, pada tengah hari Jumaat, kumpulan WhatsApp mereka dikejutkan dengan video tular memaparkan Paijang dipukul tanpa belas di Pasar Tani, Padang Astaka, Kemaman.

Katanya, salah seorang rakan mereka menerima panggilan daripada adik kepada Paijang yang mengesahkan kejadian tersebut.

“Hancur luluh hati kami melihat Paijang diperlakukan sebegitu. Tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bermaruah. Yang lebih menyedihkan, mereka memang tahu Paijang seorang OKU.

“Dalam video jelas kedengaran abang baju hitam halang orang pukul Paijang dengan menyatakan Paijang dok betol (kurang siuman).

“Dia dok betol, kalu mung duk bahang orang dok betol, mung la dok betol (Dia tak siuman, kalau kamu pukul orang tak siuman, kamu pun dikira tak siuman juga).

‘Terima kasih abang baju hitam sebab menolong Paijang dalam keadaan Paijang lemah! Tapi samseng-samseng itu masih terus menganiaya Paijang. Hanya orang dayus dan bacul sahaja sanggup pukul OKU, ularnya, Kecewa

Dalam hantaran sama, Fadzli mewakili rakan-rakan sekolah SHAMS menyeru agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit dalam kejadian ini.

Menurutnya, keadilan perlu diberikan kepada Paijang agar kejadian sebegini tidak berulang terhadap mana-mana individu yang mengalami gangguan mental.

Pada masa sama, Fadzli memaklumkan inisiatif bantuan turut dijalankan bagi membantu pemilik gerai yang mungkin mengalami kerugian RM10,000 sebagaimana didakwa dalam insiden tersebut.

“Kamu semua juga dah tahu dia OKU. Kamu semua patut bantu dia. Mana akal dan iman kamu semua? Tindakan kamu semua sangat memalukan Islam. Memalukan Melayu, Memalukan Terengganu.

Tangkap layar menunjukkan kejadian ketika Paijang dipukul orang awam.

“Semoga masalah antara Paijang dan tuan gerai dapat diselesaikan dengan baik. Kepada samseng-samseng terlibat, semoga anda semua mendapat balasan yang setimpal dan diberikan keinsafan oleh Allah SWT.

“Kepada Paijang, semoga Allah lindungi kamu dan berikan kesembuhan. Sahabat-sahabat Paijang sedang membantu dari setiap segi, perundangan, kesihatan, kebajikan dan segalanya,” ujarnya.

Intuk rekod, susulan insiden tersebut, tiga lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan pada Jumaat malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar berkata, ketiga-tiga suspek berusia 18 hingga 60 tahun ditahan ketika mereka hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman sekitar pukul 8 malam.

Penahanan itu dibuat pada hari sama apabila mangsa yang menunggang motosikal secara tidak sengaja melanggar sebuah gerai di tapak pasar tani berkenaan.

Kekecohan mula tercetus menyebabkan mangsa dibelasah apabila barangan jualan seorang peniaga bertaburan menyebabkan mangsa dipukul oleh beberapa individu hingga mengalami kecederaan.

Paijang yang mengalami luka di badan dan muka akibat dibelasah dibawa ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*