Leona Sedih Hilang Barang Berharga, Azhar Sulaiman Tinggalkan Pesanan – “Tanya Diri Sendiri, Silap Apa Yang Kita Dah Buat…”

Pempengaruh terkenal, Kasih Iris Leona meluahkan rasa sedih apabila headphone jenama Sony kegemarannya telah hilang.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikToknya, Leona memberitahu dia kehilangan bukan sahaja headphone nya tetapi barang lain juga seperti kamera DJI dan Airpods Pro.

Saya sedih sangat sebab saya guna headphone tu hari-hari tapi hilang macam tu je.

Menjengah ke ruangan komen, bapanya yang merupakan pelakon terkenal, Azhar Sulaiman meninggalkan komen berupa pesanan buat anaknya.

Daddy juara hilang barang-barang Nuna (panggilan Leona). Bila hilang apa-apa, daddy akan berhenti seketika tengok langit atau siling lepastu tanya diri sendiri ‘apa kesilapan yang aku dah buat ni?

Sudah ditakdirkan barang tu bukan milik awak Nuna.

@leonathe2nd

IM SO SAD

♬ original sound – le yoooooooo na – le yoooooooo na

Rata-rata netizen yang lain turut bersimpati dengan Leona dan menasihatinya agar lebih berhati-hati dalam menyimpan barangan peribadinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*