Murid tahun 5 men4ngis teresak-esak sebelum masuk dewan peperiksaan… Terkejut dapat tahu status anak angkat!

BAGI pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata, pengambilan anak angkat merupakan alternatif terbaik bagi menghiasi rumah tangga.

Namun timbul persoalan tentang bilakah masa terbaik untuk mendedahkan tentang status anak jika dia diambil untuk dibela ketika masih bayi.

Soalan sama timbul di benak hati seorang wanita ketika dia terlibat untuk menyelia kelancaran perjalanan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di sebuah sekolah agama.

Hubungan dengan ibu bapa kandung adalah sangat berharga. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, ketika di sekolah berkenaan, berlaku insiden di depan mata yang menyebabkan hatinya berasa pilu.

“Kejadian berlaku pada hari kedua peperiksaan. Sebelum masuk ke dalam dewan, murid diminta untuk beratur mengikut barisan.

“Waktu tengah tunggu giliran dipanggil masuk, sesetengah murid ralit tengok pas peperiksaan yang diberikan oleh cikgu. Untuk makluman, UPKK ini diduduki oleh murid tahun 5.

“Tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan ni menangis teresak-esak. Setelah disiasat, rupanya budak tu sebak kerana baru dapat tahu dia merupakan anak angkat, rahsia tu terbongkar selepas dia tengok pas peperiksaan tersebut.

“Dekat dalam pas tu ada slip peperiksaan dan bermacam maklumat lain, termasuk sijil kelahiran. Boleh kantoi sebab sijil kelahiran dia berbeza daripada kebanyakan orang,’ imbas wanita itu.

Wanita berkenaan seterusnya cuba memahami perasaan yang dialami pelajar itu dalam situasi terbabit.

Saya dapat tahu waktu umur 11 tahun, remuk hati ni… tak sangka saya tiada pertalian darah dengan orang tua yang saya sayang sebesar alam ni.

WARGA MAYA

“Bayangkan lagi 10 minit nak masuk dewan untuk menduduki peperiksaan, baru tahu yang diri ni sebenarnya anak angkat, pasti sedih,” kata wanita itu hiba.

Melewati ke ruangan komen, warga maya yang mempunyai anak angkat berkongsi pengalaman masing-masing.

“Saya ada tiga anak angkat, saya sendiri yang susukan mereka walaupun belum pernah mengandung. Sejak awal beritahu yang mereka ada dua orang ibu bapa, satu saya dan suami iaitu mama dan abah, lagi satu keluarga kandung, ibu dan ayah.

Pelayar bertukar pandangan.

“Selalu saya tunjuk kepada anak-anak gambar ibu kandung supaya mereka ingat.

Saya minta mereka doakan supaya keluarga kandung sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.

“Macam kes saya, saya merupakan anak angkat, saya dapat tahu waktu umur 11 tahun. Remuk hati ni, tak sangka saya tak mempunyai pertalian darah dengan kedua-dua orang tua yang saya sayang sebesar alam ni.

“Kawan saya beritahu anak dia masak budak tu berusia lapan tahun. Lepas tu dia pelik mummy dia sambil cakap… terima kasih sebab ambil dia sebagai anak,” demikian komen beberapa netizen.

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*