Emosi Tak Menentu, Atikah Suhaime Teruja Bakal Bersalin Bayi Sulung – ‘Tapi Takut Nak Beranak’

Kebanyakan para ibu merasakan kandungan trimester terakhir kehamilan merupakan fasa yang paling sukar ekoran tarikh untuk bersalin mendekati.

Begitulah, pelakon Datin Atikah Suhaime yang meluahkan pelbagai rasa yang dirasai apabila memasuki trimester terakhir.

Takut nak beranak

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), pemilik nama Nur Atikah Mohd. Suhaime dilihat sedang menari bersama suaminya, Datuk Lokman Teh di sebuah majlis ulang tahun kelahiran kenalannya.

Pada kapsyen, Atiqah meluahkan keterujaan dalam menunggu kelahiran cahaya matanya yang pertama.

Last trimester. Kejap happy, kejap cuak.

Saya sangat teruja untuk bayi yang bakal lahir ini tapi pada masa yang sama takut nak beranak.

Jadi, anda mungkin lihat saya bergelak ketawa dan sekelip mata bertukar cuak.

Surah Maryam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi tips menghadapi trimester terakhir dengan mengamalkan beberapa surah yang dapat membantu melancarkan proses bersalin. Selain itu, warganet turut mendoakan agar bayi pelakon berusia 33 tahun itu menjadi anak yang solehah.

Sumber: Instagram @therealatikahsuhaime

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*