Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad akui dia terkesan membaca berita mengenai kes kematian bayi yang berusia empat bulan yang didakwa berlaku di sebuah taska pada 3 Januari yang lalu.
Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, insiden tersebut membuatkan dirinya menjadi bimbang untuk menghantar anak-anak ke pusat asuhan.
Hancur hati baca luahan hati seorang ibu yang baru sahaja kehilangan anak.
Nak cari taska, tadika. Semua buat saya jadi takut sebenarnya.
Susulan itu, pengacara itu menasihati ibu bapa supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memeriksa status pusat asuhan terlebih dahulu.
Dia turut menjelaskan bahawa langkah itu sangat penting kerana sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku, tindakan sewajarnya boleh diambil.
Antara langkah yang boleh kita ambil sebagai ibu bapa adalah periksa dahulu sama ada berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kalau berdaftar, sekiranya apa-apa berlaku kita boleh ambil tindakan dan taska itu boleh disiasat dan ditutup.
Salam takziah untuk ibu ayah Handzalah. Semoga kalian bertemu semula di syurga nanti.
Pada Rabu yang lalu, media melaporkan kes kematian seorang bayi yang berusia empat bulan. Ibu mangsa mendakwa anaknya meninggal dunia akibat kecuaian pihak taska.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply