Penemuan M4yat Reput Remaja: Teman Lelaki & Dua Ahli Keluarga Ditahan Polis

Gempar penemuan mayat reput di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting, Sabtu lalu dan mangsa dipercayai merupakan remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 19 Disember.

Susulan itu, pihak polis telah menahan tiga orang lelaki termasuk teman lelaki remaja perempuan terbabit yang kini direman sehingga 5 Januari untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga suspek berusia 16, 20, dan 51 tahun, membabitkan teman lelaki serta dua ahli keluarganya.

Berikutan penemuan (mayat) ini, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang mengklasifikasikan semula siasatan kertas inkuiri orang hilang kepada siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Proses bedah siasatan telah dijalankan di Hospital Banting dan pihak polis masih menunggu keputusan analisa ujian DNA untuk mengesahkan mangsa memandangkan keadaan mayat sudah reput dan tidak dapat dikenal pasti melalui pengecaman fizikal.

Terdahulu, media melaporkan kehilangan remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan di Kajang selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.

Kali terakhir remaja itu dilihat di gelanggang bola keranjang terbabit berbaju tarian singa berwarna merah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*