RAMAI dalam kalangan kita yang menganggap sepupu seperti adik-beradik sendiri kerana hubungan yang rapat sejak zaman kanak-kanak.
Namun, seorang lelaki tular di X selepas dia ditegur kerana tidak menjaga batas pergaulan dengan sepupu perempuannya.
Menerusi luahan yang dimuat naik pada Ahad, lelaki itu berkata dia kini berada dalam keadaan dilema selepas ditegur teman wanitanya.
Lelaki dan wanita yang belum berkahwin sepatutnya menjaga aurat antara satu sama lain. -Gambar hiasan
“Apa patut aku buat? Teman wanita aku confront pasal pergaulan aku dengan sepupu perempuan. Aku memang dibesarkan dengan sepupu aku.
“Jadi aku dah anggap sepupu aku macam adik perempuan sendiri dah. Masa kecil-kecil memang ada peluk, pegang tangan semua tapi tak adalah kerap.
“Cuma kerap apabila dah besar ni, setiap kali sepupu aku luah perasaan, aku peluk dan pegang tangan dia untuk comfort dia,” ujarnya.
Aku dah anggap macam adik.. kenapa pula tak boleh peluk dia apabila ada masalah?
LELAKI X
Menurut lelaki itu, dia menganggap sepupunya seperti adik-beradik sendiri, namun teman wanitanya menentang keras keakraban luar biasa antara mereka.
“Sekarang ni jadi masalah sebab teman wanita nak aku jaga batas dengan sepupu perempuan aku. Kalau dengan kawan perempuan aku boleh terima, tapi ini dengan keluarga aku sendiri.
“Aku dah anggap macam adik. Kenapa pula aku tak boleh peluk dia apabila dia ada masalah? Bagi kekasih aku, sepupu ni bukan adik-beradik. Salah ke? Aku memang tak jaga batas pun dengan saudara mara aku,” ujarnya.
Tambah lelaki itu, ibu bapanya juga tidak pernah menegur perbuatan yang dilakukannya selama ini kerana menganggap ia merupakan hubungan biasa antara sepupu.
Ekoran teguran itu, lelaki berkenaan berkata dia kini ragu-ragu untuk meneruskan pertunangan dengan kekasihnya yang dirancang pada minggu depan.
“Aku dan kekasih dah tempah dewan untuk kahwin tahun depan, bayar deposit RM5,000. Patut aku teruskan atau undur diri?” luahnya lagi.
Di ruangan komen, beberapa netizen menyifatkan pemuda tersebut sebagai jahil kerana tidak mengamalkan batas pergaulan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
“Putus saja dengan lelaki ini. Nampak sangat dia ni jahil bab agama. Tak sesuai dijadikan ketua keluarga.
Ibu bapa perlu mendidik anak-anak agar tahu menjaga maruah diri. -Gambar hiasan
“Tak kiralah anggap macam keluarga pun, kalau bukan adik-beradik susuan, sepupu masih bukan mahram sebab boleh kahwin.
“Kau kahwin saja dengan sepupu kau, boleh peluk selalu,” tulis netizen.
Menurut laman sesawang pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perkahwinan di antara sepupu adalah harus di sisi syarak.
Ini kerana sepupu tidak termasuk dalam kalangan mahram (haram bernikah).
Namun, syarak menggalakkan supaya bernikah dengan wanita asing (selain kerabat) kerana zuriat dan keturunan yang dilahirkan lebih sihat dan kuat.
Sumber: mstar
Leave a Reply