Enam Hari Hanyut, Dua Nelayan Kongsi Cerita ‘Survival’ Tengah Laut – “Makan Ikan Mentah, Hanya Ingat M4ti Saja”

Terus bertawakal dan berdoa agar dijumpai dan diselamatkan, itu yang dilakukan dua nelayan selepas hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai Pinang apabila bot mereka dipukul ombak besar sebelum ditemukan enam hari kemudian.

Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, dan Nor Hasrul Abdullah, 25, menceritakan detik ketika mereka dihanyutkan dalam bot nelayan terbabit selepas keluar ke laut jam 3 petang, Isnin lalu.

Kata Ikmal Hakimi, semasa mahu menghidupkan enjin bot ketika sedang memukat ikan, tali enjin bot tiba-tiba rosak serta terus tak boleh dihidupkan dan pada masa yang sama ombak dan ribut semakin kuat.

Dia kemudian menghubungi majikan iaitu pemilik bot itu untuk meminta bantuan dan dimaklumkan ada orang yang akan dihantar bagi membantu mereka. Mereka turut hubungi keluarga untuk maklumkan keadaan ketika itu namun sehingga jam 12 tengah malam, tiada bantuan yang tiba.

Tetapi sampai ke sudah tiada sesiapa datang, waktu itu kami cuba menjerit meminta bantuan dan memberi isyarat menggunakan lampu picit tetapi tiada sesiapa menyedarinya dan telefon bimbit pula telah habis bateri.

Disebabkan itu, mereka tidak dapat menghubungi sesiapa untuk meminta pertolongan namun masih berfikir akan selamat kerana ketika itu mereka masih nampak kawasan bukit di Teluk Bahang.

Terpaksa makan ikan mentah, banyak kali muntah

Ceritanya lagi, mereka dapat menikmati bekal nasi yang dibawa pada hari pertama namun pada hari kedua tiada makanan dan hanya dapat meminum air laut sahaja.

Pada hari ketiga, mereka yang masih hanyut dan belum diselamatkan terpaksa makan ikan temenung dan cencaru mentah yang ditangkap sendiri untuk menghilangkan rasa lapar.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka muntah beberapa kali kerana tidak pernah memakan ikan mentah tetapi terpaksa juga kerana takut tiada tenaga jika tidak menjamah apa-apa.

Masuk hari ketiga kami sudah tidak nampak bukit di daratan dan saya dengan abang Hasrul mula bergaduh antara satu sama lain sehingga beberapa kali jatuh ke dalam laut kerana tertekan, tetapi Alhamdulillah kami masih selamat sebab pakai jaket keselamatan dan waktu tu hanya fikirkan akan mati sahaja.

Ribut dan hujan lebat kali kedua

Mereka sekali lagi hanya mampu tawakal apabila dilanda ribut dan hujan lebat sekali lagi dan ketika itu mereka hanya dapat berlindung di bawah pukat dalam ketakutan.

Selepas kejadian itu pula, air mula memasuki bot tersebut membuatkan pukat terpaksa dibuang kerana mahu mengimbangi dan bimbang ia karam.

Detik cemas mereka akhirnya berakhir pada hari keenam selepas mereka ditemui dan diselamatkan oleh nelayan dari Aceh yang ternampak bot mereka terumbang-ambing di tengah laut.

Nelayan tersebut kemudian menghulurkan bantuan termasuklah memberikan makanan dan minuman kepada Ikmal Hakimi dan Nor Hasrul.

Kami hampir putus harapan dan hanya ungkap akan mati namun selepas dua kali laung azan, saya nampak banyak kapal kargo berhampiran kami.

Ketika itu saya fikir kami masih berada di perairan Pulau Pinang sebelum menyedari ia adalah sempadan negara jiran selepas diberitahu nelayan yang menyelamatkan kami.

Kedua-dua nelayan muda itu dibawa pulang menaiki kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan tiba di Jeti Limbungan Batu Maung, Bayan Lepas hari ini.

Meskipun kejadian itu meninggalkan trauma yang sangat dalam buat mereka namun Nor Hasrul dan Ikmal Hakimi berkata mereka masih bersemangat untuk teruskan kerja sebagai nelayan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*