Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana“Nak melagakan satu keluarga pula.” mendakwa ada pihak yang cuba untuk merosakkan hubungan keluarganya.
Pelakon itu berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram Storynya.
Menurut Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, pihak tersebut didakwa melemparkan fitnah yang dipercayai bertujuan untuk menjejaskan hubungannya bersama keluarga bekas suaminya, Syamsul Yusof.
Mama, papa, rasanya ada manusia nak porak-perandakan keluarga kita dengan fitnah macam-macam.
Nak melagakan satu keluarga pula.
Walau bagaimanapun, pelakon itu tidak mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai pihak berkenaan.
Menjengah ke Instagram milik ibu kepada bekas suaminya iaitu Datin Patimah Ismail, dia turut mengulang siar hantaran (repost) tersebut dan membuat satu lagi hantaran menitipkan doa buat Puteri Sarah.
Tabahkan diri menghadapi ujian. Semoga Allah beri kekuatan dan kebahagiaan untuknya bersama anak-anak.
Sekadar info tambahan, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply