Baru-baru ini, video seorang wanita yang berkongsi momen bahagia saat meraikan madunya yang baru melahirkan cahaya mata telah mencuri tumpuan ramai.
‘Dapat tarikh sama dengan ayah dia’
Menerusi perkongsian yang dimuat naik, wanita yang dikenali sebagai Hajar meluahkan rasa syukur dan teruja kerana bayi yang baru dilahirkan oleh madunya, Syuhada Sharidin telah berkongsi tarikh lahir yang sama dengan suami mereka, Ustaz Halim Ikhsan.
Alhamdulillah, Puan Syuhada selamat melahirkan pada tarikh yang dia mahukan 16/12/24.
Dapat tarikh sama dengan ayah dia.
Sementara menerusi hantaran yang lain, Hajar dilihat membuat kejutan kepada suaminya sempena hari kelahiran dan kejutan buat madu tercinta atas pengorbanannya melahirkan insan kecil yang menjadi penyeri hidup mereka.
Dalam hantaran yang sama, Hajar meluahkan rasa syukur atas kehadiran insan-insan istimewa dalam hidupnya. Meskipun pada awalnya dia mengakui pernah mencemburui kehadiran madunya namun lama-kelamaan, perasaan kasih dan sayang melenyapkan perasaan cemburu itu.
Allah uji kami kesusahan paling susah, Alhamdulillah masih lagi bersama.
Video yang dikongsikan menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya memuji ketabahan dan kekuatan isteri pertama.
Saya pula sedih bila tengok isteri pertama
Sungguh kuat hati mu kak tak semua perempuan mampu seperti kamu
Puan memang hebat saya pun isteri pertama tapi tidak mampu membuka hati sebesar ini hanya mampu izinkan suami poligami je
Wanita paling hebat yang saya kenal
Puan hajar isteri dan ibu yang hebat
Awak seorang yang hebat,saya pula yang rasa sebak
VIDEO
@puanshajar Happy Birthday sayangku @Ustaz_halim PPIM Tahniah telah melahirkan baby yang comel maduku sayang @Syadaasharidin Selamat datang anak ibu ke dunia yang penuh pancaroba ini… #puanhajar #puanhajarpoligami
♬ DoaKu UntukMu SAYANG Cover by MEISITA LOMANIA – 𝑵𝒐𝒐𝒓𝒎𝒂𝒏𝒔❦︎𓆙
@syuhadasharidin Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..❤️❤️❤️ Pada tarikh 16/12/2024 lahirlah puteri kami seberat 3.1kg secara normal. Paling special harini juga ulangtahun ayah… Maha suci Allah..yang Maha mengabulkan..bonda memang berdoa dan minta supaya baby lahir sama tarikh dengan ayah sesama menunaikan Haji haritu…betul2 tak sangka Allah bagi tarikh yang sama…sedangkan sakit contractions da berapa hari rasa main2..tup2 harini betul2 keluar…nikmat mana lagi yang kau nak dustakan…Allah dah tunjuk dah kebesaran Dia. Terima kasih sayangku @Ustaz_halim PPIM kerana kerana setia disisi dari awal hingga akhir dan tak berganjak walau sesaat…terima kasih sayang atas sokongan kekuatan itu.. Terima kasih @puan hajar kerana menjadi akak madu yang sangat penyayang dan support segalanya untuk mudahkan lagi urusan kelahiran puteri kami. Semoga bertambah cahaya mata ini,bertambah seri dan bertambah juga cinta dan kasih sayang dalam rumahtangga kami. Terima kasih buat semua ahli keluarga yang mendoakan dari jauh…Terima kasih juga buat team pmd yang meceriakan lagi suasana😘😘😘😘 @HidayahSabin @noonehere. @PMD Design @PMD Production @Pmdfood #fyp #fypviral #pasanganpoligami #foryourpage #madubersalin #rumahtanggaharmoni
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Sumber
Leave a Reply