Penyanyi dangdut, Mas Idayu menegaskan dirinya tidak ‘miming’ ketika menyampaikan lagu terbaharu berjudul ‘Harum Mekar Di Hati’ secara langsung di pentas akhir Famili Duo 4 (FD4) yang berlangsung pada Ahad.
Tak miming
Bagaimanapun, Mas Idayu atau Masidayu Mesnun, 52, mengakui terlupa beberapa bait lirik kerana lagu itu masih baharu.
Tidak, saya tidak miming. Cuma saya tidak hafal lirik kerana itu adalah lagu baru. Saya nyanyi live.
Saya terpaksa lihat lirik di prompter sebagai rujukan. Penonton lindung prompter, jadi saya tak nampak.
Mas Idayu berkata demikian ketika ditemui di konsert akhir Famili Duo 4 yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, pada Ahad.
Dalam pada itu, Mas Idayu atau mesra disapa Mummy berkata, dia tidak kisah apabila ada segelintir netizen di media sosial yang mengkritik nyanyiannya.
Tak apa lah, saya tidak kisah dah.
Terdahulu, FD4 melabuhkan tirai dengan menyaksikan duo adik-beradik Shiha dan Ieda Zikir dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM100,000.
Tempat kedua dimenangi oleh duo sepupu Ayie dan Salam dengan membawa pulang RM30,000 dan tempat ketiga dimenangi duo sepupu Tomok dan Sharul Kamal dengan membawa pulang RM20,000.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply